10 February 2011

4.0 Pengurusan

Pengurusan yang cekap dan sistematik adalah adalah penting bagi menjamin kesihatan ternakan, peningkatan berat badan harian yang maksimum, kawalan kos operasi yang minimum serta keuntungan yang optimum.

4.1  Pengurusan Personel

Kebanyakan pengusaha atau pemilik fidlot tidak melakukan pengurusan ternakan secara langsung, sebaliknya menggaji tenaga pekerja yang diperlukan.  Oleh yang demikian, pengurusan personel adalah mustahak
Pengurusan personel merangkumi aktiviti-aktiviti berikut:

i.





ii.
 
Menentukan bilangan pekerja diperlukan tertakluk kepada bilangan lembu, saiz dan jenis operasi fidlot yang diusahakan.  Kadar pekerja yang cekap dan optimum berbanding bilangan lembu  dan jenis operasi fidlot adalah seperti berikut: a. Operasi fidlot secara manual   =  1 orang pekerja untuk 200 ekor
b. Operasi fidlot secara mekanikal = 1 orang pekerja untuk 400 ekor

Jadual bertugas atau jadual kerja harian perlu disediakan untuk kemudahan rujukan pekerja supaya penyelenggaraan operasi dan pengurusan harian lebih mudah dan cekap.

 4.2  Pengurusan Ternakan

Lembu fidlot khususnya baka import perlu dimandikan sekurang-kurangnya satu kali sehari untuk mengurangkan bebanan haba (heat stress).  Tindakan ini didapati membantu meningkatkan selera pemakanan (feed intake) yang menentukan peningkatan berat badan harian yang tinggi.

Pemerhatian dan pemeriksaan secara rawak perlu dilakukan dari masa kesemasa bagi mempastikan keselesaan, kesihatan, pemakanan dan prestasi peningkatan berat badan ternakan.

Seeloknya setiap ternakan ditimbang pada minggu pertama kemasukan bagi merekod berat awal, bulan pertama atau kedua tempoh pemeliharaan bagi merekod peningkatan berat badan dan minggu terakhir tempoh pemeliharaan bagi merkod berat akhir sebelum jualan.
 

4.3 Pengurusan Kandang
Kandang fidlot perlu diselia dengan sempurna termasuk penjagaan kebersihan harian, penyelenggaraan peralatan dan kemudahan infrastruktur.  Kandang perlu dibersihkan sekurang-kurangnya satu kali sehari, seelok-eloknya disebelah pagi.
Kandang yang kotor dan dipenuhi najis akan memudahkan jangkitan penyakit kepada lembu fidlot dalam kurungan sepeti penyakit pernafasan dan radang paru-paru , kembong atau direa dan masalah kuku.

4.4 Pengurusan Pemakanan
Pengurusan pemakanan lembu fidlot sangat kritikal kerana ianya merupakan faktor utama yang mempengaruhi peningkatan berat badan harian (daily weight gain).  Ini seterusnya akan menentukan samada projek ternakan fidlot yang diusahakan memberi keuntungan atau kerugian.

Lembu fidlot perlu diberi makanan antara 4-6 kg seekor sehari pada peringkat permulaan pemeliharaan (berat badan antara 200-250 kg.), sehingga mencapai 8-10 kg seekor sehari pada peringkat akhir pemeliharaan ( berat badan antara 350-400 kg).  Bagaimanapun, kiraan kadar pemberian makanan adalah juga tertakluk kepada jenis makanan , seperti 100% PKC sahaja atau campuran PKC dan rumput atau lain-lain jenis bahan hasilan pertanian.
Jadual pemberian makanan perlu tetap, iaitu 2 kali sehari.  Pemberian makanan pertama seeloknya awal pagi, antara jam 7 pagi dan selewatnya jam 9 pagi.  Pemberian makanan kedua pula seeloknya selepas 6 jam berikutnya, iaitu antara jam 1 petang dan selewatnya-lewatnya jam 3 petang.

Lembu fidlot juga perlu disediakan garam jilatan (mineral block) yang mencukupi sepanjang masa sebagai bekalan tambahan keperluan mineral.  Bekalan air minuman yang bersih dan mencukupi perlu sentiasa tersedia.

Lembu Fidlot perlu diberi makanan berkualiti yang secukupnya secara cekap dan ekonomik
 
4.5  Pengurusan Kenderaan
Kenderaan seperti lori yang sesuai untuk mengangkut ternakan, makanan dan peralatan ladang perlu diselenggara dengan baik.  Sekurang-kurangnya ladang fidlot perlu mempunyai sebuah lori, minimum 3 tan atau mendapatkan khidmat lori sewa yang murah.

4.6  Pengurusan Rekod
Pengurusan rekod adalah penting untuk memudahkan penilaian projek fidlot yang diusahakan, seperti menilai prestasi peningkatan berat badan harian, jumlah makanan yang dimakan, kos pemakanan, kos ubat-ubatan, kos penyelenggaraan dan kos operasi fidlot berbanding keuntungan-kerugian.
Rekod-rekod berikut adalah penting dalam pengurusan lembu fidlot:
i.   Rekod pembelian lembu 'feeder'
ii   Rekod pemberian makanan harian
iii  Rekod peningkatan berat badan harian
iv  Rekod kesihatan dan kematian
v   Rekod pemasaran/jualan lembu fidlot
vi  Rekoid personel
vii Rekod kewangan

3.0 Pemilihan Ternakan

3.1  Asas Pemilihan

Pemilihan ternakan untuk fidlot perlu berasaskan kepada keperluan  pasaran.  Faktor-faktor yang mempengaruhi termasuklah:
i.   Permintaan . keperluan pasaran
ii.  Penetapan berat awal
iii. Peningkatan berat badan
iv. Target berat akhir atau berat jualan

3.2 Baka dan Jantina

Terdapat tiga jenis baka lembu yang boleh dipilih untuk penternakan fidlot yang boleh mengadaptasi cuaca tempatan dan mempunyai ciri-ciri tumbesaran yang baik seperti :

i.   Baka import
Contoh : lembu Brahman, Droughmaster, Sahiwal-Fresien dan Nellore.

ii.   Kacukan baka tempatan dengan baka import
Contoh : Kacukan KK x Brahman dan KK x Nellore

iii.  Baka tempatan Kedah-Kelantan (KK)*
* Lembu baka tempatan KK bagaimanapun memberikan peningkatan berat badan (ADG) yang lebih rendah berbanding baka import atau kacukan.  Jantina lembu yang sesuai untuk fidlot adalah jantan bagaimanapun lembu-lembu betina dewasa yang ditakai juga terbukti memberikan pulangan yang baik.

3.3  Umur dan Berat Badan

Lembu yang dipilih untuk penternakan fidlot perlu dipastikan memenuhi kriteria-kriteria berikut:
i.        Umur antara satu hingga satu setengah tahun
ii.    Berat awal antara 200-250 kg (baka import atau kacukan) dan 150-200 kg (baka tempatan atau KK), Bagaimanapun, penentuan berat awal tertakluk kepada perancangan tempoh pemeliharaan dan target pemasaran (berat akhir atau berat jualan yang dikehendaki)

Jadual 2 menunjukkan contoh penentuan pemilihan lembu fidlot (feeder) berdasarkan berat awal, peningkatan barat badan harian dan target berat akhir (berat jualan)

Berat Awal Peningkatan Berat Badan Harian (kg/hari) Tempoh Pemeliharaan (hari) Berat Akhir (kg)
200 1.0 120 320
230 1.0 120 350

3.4 Status Kesihatan

Lembu yang dipilih untuk penternakan fidlot mestilah diperolehi dari sumber atau gerompok ternakan yang sihat dan disahkan bebas dari jangkitan penyakit oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
Perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian utama:
i.
ii.

iii.
Pastikan lembu telah disahkan bebas dari penyakit kuku dan mulut serta penyakit      hawar  berdarah dan telah diberi suntikan vaksinasi pencegahan penyakit tersebut.

Pastikan lembu adalah bebas dari jangkitan kutu dan cacing serta telah diberi rawatan ubat kutu dan cacing

Pastikan lembu adalah sempurna anggotanya dan tidak cacat serta tidak bantut dari segi pertumbuhan  badan
Sumber ladang atau gerompok ternakan dari mana lembu diperolehi perlu dipastikan mempunyai sijil perakuan bebas penyakit dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan

Lembu-lembu yang dipilih untuk penternkan fidlot perlu dipastikan sihat, bebas jangkitan kutu dan cacing serta tidak cacat


7.0 Kesihatan

7.1  Sebelum Menerima Ternakan

Pastikan kandang yang telah digunakan dibasmi kuman sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum ternakan dibawa masuk.
Cucian kandang perlu menggunakan disinfektan (bahan basmi kuman).  contoh disinfektan yang boleh digunakan :
       Lindores
       Omnicide
       Mefarol
       Lysol

Jadual 8 menunjukkan jenis-jenis ubat veterinar yang perlu disediakan untuk rawatan penyakit-penyakit yang lazim pada ternakan lembu fidlot:

Jenis rawatan
Contoh Ubat-Ubatan
i Rawatan luka Tinktur iodin 2%
Gusanex Spray
Serbuk Negasunt
ii Rawatan sokongan Antistress - Stress Pak
Catasol/fercobsang/Tonophosphan/
Fercobsang/Vitamin B12/Dextrose
iii Rawatan antidirea Kaolin, pectin
Beacosin/ Scourban Plus/Scour-X
iv Anti-inflamatori
(Rawatan bengkak)
Dexa-tomanol
Dexadresson
v Rawatan sakit mats
Terramycine pink eye spray
Eye ointment
vi Rawatan kembung Bloat remedy
vii Antibiotik berspektrum luas Oxytetracycline
Penicilin
Streptomycine
7.2  Sewaktu Menerima Ternakan
Periksa ternakan untuk mengesan luka atau kecederaan serta tanda-tanda penyakit seperti:-
    a.  Diarea
    b.  Pernafasan tidak normal
    c.  Cecair daripada hidung (nasal discharge)
    d.  Lemah dan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar
    e.  Bulu tidak kemas dan pudar
    f.   Kehadiran kutu pada badan ternakan
    g.  Tanda-tanda lain yang tidak normal

Asingkan ternakan yang menunjukkan tanda-tanda penyakit untuk rawatan segera atau mengambil sampel bagi tujuan kajian penyakit.  Hubungi pejabat JPH terdekat untuk tujuan ini.
Sediakan ubat antistress seperti jenis bancuhan dengan air.  Contoh ubat antistress (Stress pak)

7.3  Semasa Tempoh Pemeliharaan

Pastikan kebersihan kandang, palung makanan dalam keadaan bersih bagi mengelakkan jangkitan penyakit.
Pastikan makanan sentiasa cukup khususnya kuantiti dan kualiti bagi meningkatkan tahap kesihatan dan mengelakkan penyakit-penyakit kurang zat makanan.
Laksanakan program kesihatan yang berkaitan/perlu seperti berikut:

  i.  Pemberian ubat cacing (deworming)
  • Dilaksanakan jika perlu berdasarkan-
        a.  Tanda-tanda bebanan cacing seperti :
  • Kurang selera makan
  • Kurus/lemah
  • Berak cair/diarea
  • Najis berbau
  • Bulu tidak kemas dan pudar
  • Perut buncit/abdomen besar
  • Selaput basah pucat
  • Bottle jaw - bengkak berair (edema) dibawah dagu          
          b.  Ujian Fecal Egg Count (F.E.C)
  • bilangan telur cacing dalam tinja         
  Contoh anthelmintik (ubat cacing) yang boleh diguna dan diberi secara oral :
  • Systemic.Synantic
  • Chanaverrn Plus
  ii. Pembasmian kutu (Deticking)
  • Dilaksanakan jika perlu berdasarkan kehadiran/bebanan cacing pada badan ternakan.
  • Contoh ubat kutu (tickicide) yang boleh digunakan- Asuntol, Melathion, Tactic, Greenade : secara mandian/spray, Bayticol : secara pour-on, Ivomec : secara suntikan
  • Bebanan kutu boleh mengugat tumbesaran ternakan disamping menyebabkan luka berulat (myiasis) dan menyebarkan penyakit seperti Babesiosis
  iii.  Rawatan
  • Merawat ternakan yang menunjukkan tanda-tanda penyakit
  • Pastikan rawatan itu ekonomik, berpotensi untuk sembuh, bukan penyakit yang menular dengan cepat dan bukan penyakit zoonotik.
7.4  Penyakit-penyakit yang lazim

     a.  Diarea (cirit-birit)
  • Etiologi (Agen penyebab)
  • Pengurusan : pemakanan tidak sesuai
  • Peralatan/air tidak bersih
  • Parasit : cacing
  • Bahan kimia : keracunan
  • Penyakit : bakteria, viris, protozoa
  • Tanda klinikal
  • Berak cair, sakit abdomen, dehidrasi
  • Pyrexia (demam), septicaemia, toxemia
  • Anorexia (tiada selera, lemah)
  • Najis cair/lembik, berubah bau/warna              
  •  Diagnosis
  • Pemeriksaan klinikal 
  • Perubahan pada najis
  • Calitan najis, serum, sampel najis, kikisan rektal, sumber makanan (Ujian di makmal hubungi JPH)              
  • Rawatan   
  • Antidiarea : contoh kaolin, pectin
  • Antibiotik : contoh neomycin (Scour-X, Scourban Plus mengandungi kaolin dan neomycin)   
  • Coccidiostat : contoh Sulphadimidine 33 ⅓ % (untuk rawatan diarea akibat coccidiosis)
  • Rawatan sokongan:  Elektolit/cecair : contoh dextrose, Metabolic stimulant /haematinic; contoh Catasol, Fercobsang, Tonophosphan                       
  • Kawalan 
    • Kawal pergerakan keluar masuk ternakan/orang/kenderaan  untuk mencegah sebaran penyakit
    • Jaga kebersihan kandang, program disinfectan
    • Perbaiki pengurusan: kebersihan peralatan, air bersih, asingkan ternakan sakit.                                          
b.  Pneumonia
  • Etiologi (Agen penyebab)
    • Virus, bakteria, parasit, bahan kimia
  • Tanda klinikal
    • Pernafasan cepat dan sukar (dyspnea)
    • Demam (pyrexia)
    • Batuk, bersin, terdapat cecair daripda hidung (nasal discharge)
    • Lemah, kurus, tiada selera (anorexia)
  • Diagnosis
    • Bunyi paru-paru
    • Pemeriksaan klinikal
  • Rawatan
    • Jangkitan bakteria:  Asingkan ternakan sakit, rawat dengan antibiotik berspektrum luas (brad spectrum) seperti oxytetracycline 20%
  • Kawalan
    • Kurangkan ketegangan (stress) - elak terlalu padat (overcrowded)
    • Asingkan ternakan sakit
    • Pengudaraan kandang (ventilasi) baik
    • Rawat tanda-tanda awal penyakit

    c.  Luka berulat
     
  • Etiologi (Agen penyebab)
    • Kesan luka yang tidak dirawat
    • Cecair serum akibat luka bertindak dengan bakteria menghasilkan bau busuk menjadi tarikan lalat Chrysomia bezziana untuk bertelur.  Larva-larva yang dihasilkan memakan dan merosakkan tisu.  Jangkitan sekunder oleh bakteria boleh menyebabkan toksemia dan kematian.
     
  • Tanda Klinikal
    • Terdapat luka yang berulat
    • ternakan gelisah, gatal
    • Kurang selera (anoreksia), berat badan menurun
     
  • Diagnosis
    • Pemeriksaan/tanda klinikal
     
  • Rawatan
    • Bersihkan kawasan terlibat dengan antiseptik (hydrogen peroksida 3%)
    • Keluarkan ulat ( dengan forcep)
    • Bunuh ulat dengan meggunakan serbuk Negasunt
    • Rawat luka dengan Tinktur iodin 2%, Coopex Healing Oil
    • Cegah lalat dengan Semburan Gusanex
    • Untuk kes serius, lindungkan ternakan daripada jangkita kedua dengan suntikan antibiotik berseptrum luas contoh Oxytetracycline 20% L.A
     
  • Kawalan
    • Elakkan ternakan daripada luka
    • Gunakan "fly repellent" seperti gusanex untuk mencegah hinggapan lalat pada kawasan luka
       
  d.  Kembung (bloat)
  • Etiologi (agen penyebab)
Kadar gas yang dihasilkan di dalam rumen dan rketikulum melebihi kadar pembebasan gas melalui proses eruktasi (eructation).  Gas yang terkumpul menyebabkan rumen/retikulum membesar.  Kadar gas yang dikeluarkan secara berlebihan ini mungkin disebabkan :
  • Gangguan fizikal : sekatan pada esofagus, kedudukan abomasum (abomasums displacement ) atau radang perut (gastritis)
  • Gangguan kimia: terlebih makan dedak (PKC). sensitiviti pada ubat, kerosakan pada saraf vagus atau makan daun kayu beracun
  • Gangguan enterotoxamia/keracunan nitrat

  • Tanda klinikal
     
    • Pembesaran bahagian kiri abdomen
    • Bunyi abdomen seperti gendang apabila diketuk
    • Kurang selesa, sakit bahagian abdomen
    • Kadar penafasan meningkat
    • Ternakan gelisah, duduk dan bangun. Akhirnya terbaring kesakitan
    • Dyspnea (kesukaran bernafas)
     
  • Diagnosa
    • Pemeriksaan /tanda klinikal
     
  • Rawatan Pemberian ubat penahan kembung:
    • Beri "bloat remedy" terus ke dalam rumen atau secara oral
    • Minyak masak (100-500ml) boleh diguna untuk memendak buih lantas menggalakkan pengeluaran gas.
    • Halia dan turpentine juga boleh digunakan
    Pengeluaran gas daripada rumen:
    • Masukkan tiub perut (stomach tube) melalui mulut terus ke dalam rumen
    • Bagi keadaan serius, guna tochar dan canula untuk menebuk lubang di bahagian para-lumbar fossa di bahagian kiri abdomen.
     
  • Kawalan
    • Pastikan dedak untuk ternakan tidak terlalu halus
    • Biasakan ternakan dengan PKC dengan cara menukar makanan dari rumput ke PKC secara beransur-ansur sebelum memberi 100% PKC

    NOTA:
    Lembu-lembu yang dipilih untuk tujuan penggemukkan secara fidlot mestilah sesuai dengan keadaan cuaca yang panas, mempunyai daya ketahanan terhadap parasit dan penyakit.

    Ternakan fidlot yang sering terdedah kepada kecederaan fizikal dan asidosis laktik (rumenitis).  Kecederaan fizikal pada amnya disebabkan oleh pengurusan yang tidak cekap, kemudahan yang tidak mencukupi seperti bekas/palung makanan yang tidak cukup mengikut ratio bilangan ternakan, kesesakan ruang kandang, kuantiti makanan/minuman yang tidak mencukupi, reka bentuk kandang yang salah serta berlaku pergaduhan antara ternakan dalam kandang.

    Bahagian badan yang sering berlaku kecederaan adalah di bahagian kaki dan badan.  Tabiat lembu jantan suka memanjat boleh menyebabkan kecederaan pada kaki dan bahan-bahan tajam seperti paku dan serpihan kayu yang terdapat dikandang juga boleh menyebabkan kecederaan pada ternakan.

    Asidosis laktik boleh terjadi apabila ternakan makan terlalu lahap atau pun cara memperkenalkan makanan konsentrat pada ternakan tidak betul.  Keadaan ini menyebabkan pengambilan karbohidrat jauh melebihi keperluan ternakan dan untuk jangka masa panjang ternakan boleh mengalami asidosis laktik.