Aqiqah


Takrif Al-Aqiqah
Al-Aqiqah dari sudut bahasa berasal dari perkataan al-aqqu yang bermaksud potong. Asalnya ia digunakan dengan makna rambut yang berada di atas kepala bayi sewaktu dilahirkan. Dinamakan demikian kerana ia perlu dicukur dan di potong.

Hukum Al-Aqiqah
Al-Aqiqah hukumnya adalah Sunat Muakkad, iaitu ibadat yang sangat-sangat di tuntut kepada wali yang menjaga bayi tersebut.

Dalil Al-Aqiqah
Dalil sunatnya ialah perbuatan Rasullah s.a.w melakukan aqiqah, begitu juga para sahabat r.a. Dari Salman bin Amir Ad-Dhobbi r.a katanya, “Aku mendengar Rasullah s.a.w bersabda, “Bersama bayi itu ialah aqiqahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan iaitu kekotoran dan najis”. (5154).

Waktu Al-‘Aqiqah
Bermula waktu diharuskan menyembelih aqiqah dengan keluarnya semua tubuh bayi dari dalam rahim ibunya. Kalau ia disembelih sebelum sempurna keluarnya bayi maka ia tidak dapat dianggap aqiqah, ia dianggap daging biasa dan tidak mendapat sunat aqiqah.

Waktu sunatnya berterusan sehingga balighnya bayi itu. Setelah baligh, bapanya tidak lagi dituntut untuk melakukannya dan lebih baik dia melakukan untuk dirinya sendiri sebagai memenuhi perkara yang telah tertinggal.

Namun sunat yang dituntut ialah melakukan aqiqah pada hari ketujuh daripada kelahiran bayi. Dalilnya hadis riwayat Abu Daud (1522) dan selainya daripada Samrah r.a katanya, “Rasullah s.a.w bersabda, “Bayi itu di tebus (tergantung) oleh aqiqahnya, disembelihkan ia pada hari ketujuh, dan pada hari itu diberikan nama serta dicukur rambutnya”.

Maksud ditebus oleh aqiqahnya ialah pembesarannya dalam keadaan baik dan penjagaannya akan sempurna bergantung pada sembelihan untuknya. Dinyatakan juga ia bermakna dia tidak boleh memberi syafa’at kepada kedua ibubapanya jika tidak disembelihkan aqiqah untuknya.

Hikmah Disyariatkan Aqiqah

 Melambangkan kegembiraan dengan nikmat Alah s.w.t yang menyenangkan kelahiran dan mengurniakan anak kepada kedua ibubapa. Anak itu amat disukai oleh pasangan ibubapa, maka sepatutnya dibuktikan kesyukuran kepada pengurniaan dan pemberian nikamat.

Firman Allah

“Dan jika kamu bersyukur, nascaya ia meredhai bagimu kesyukuran itu”. (As-Zumar: 7).

“Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nascaya Aku akan tambah untuk kamu” (Ibrahim : 7).

“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia” (Al-Kahfi: 46).
√  Memudahkan pengistiharan berita melahirkan anak dan menyebarkannya kerana berita ini perlu diistihar dan disebarkan agar jangan lahir cerita yang tidak diingini, aqiqah adalah jalan terbaik untuk itu.

√  Menyuburkan sifat pemurah dan baik hati dikalangan manusia dan melanggar hasutan nafsu yang mengajak kepada sifat bakhil.

Firman Allah, ”Sedang sifat bakhil itu memang tabiat semulajadi yang ada pada manusia” (An-Nisa: 128).

”Dan sesiapa yang menjaga dirinya dari kebakhilan, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya” (Al-Hasyr: 9)

√  Merapatkan hati keluarga, kerabat, kawan dan orang miskin dengan menghimpunkan mereka untuk makan. Dengan berhimpunnya mereka di atas satu hidangan wujudlah kemeseraan, kasih sayang dan persaudaraan. Islam adalah agama mesra, kasih sayang dan persaudaran.

Binatang Yang Disembelih Untuk Anak Lelaki Dan Anak Perempuan
Sunnah telah menetapkan, wali hendaklah menyembelih seekor kambing bagi aqiqah lelaki dan untuk anak perempuan juga seekor kambing. Dalilnya hadis yang diriwatkan oleh At-Tirmizi (1059) daripada Ali r.a katanya ”Rasullah s.a.w telah mengaqiqahkan Al-Hassan dengan seekor kambing.

Tetapi ianya lebih afdhal jika wali menyembelih dua ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor untuk anak perempuan. Dalilnya ialah hadis yang diriwatkan oleh At-Tirmizi (1513) dan selainya dari Aisyah r.h, katanya ”Rasullah s.a.w memerintahkan agar mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua ekor kambing yang sempadan dan mengaqiqahkan anak perempuan dengan seekor kambing”.

Banyaknya Aqiqah Mengikut Bilangan Anak
Adalah tidak memadai untuk mendapat sunat aqiqah dengan menyembelih seekor kambing bagi bilangan anak yang lebih dari seorang. Bahkan mengikut sunnah ialah binatang sembelihan mengikut bilangan anak, bagi seorang anak seekor kambing, bagi dua orang anak dua ekor kambing, bagi tiga orang anak tiga ekor kambing dan seterusnya
Sekiranya seorang itu dikurniakan sepasang anak kembar maka tidak cukup seekor kambing untuk keduanya.
Abu Daud (2841) meriwtkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya ”Sesungguhnya Rasullah s.a.w telah mengaqiqahkan seekor kibas untuk Al-Hassan dan seekor kibas untuk Al-Hussain.

Al-Hakim (23714) dalam Al-Mustadrak meriwatkan Rasullah s.a.w telah mengqiqahkan untuk Al-Hassan dan Al-Hussain setiap seorang disembelih dua ekor kibas yang serupa dan setanding bentuknya.

Syarat Aqiqah
Agar aqiqah yang dilakukan mendapat pahala, disyaratkan semua seperti syarat korban dari sudut jenis, umur dan bebasnya haiwan itu daripada kecacatan yang menyebabkan kurangnya daging. Ini disebabkan aqiqah adalah sembelihan yang disunatkan maka ia sama dengan korban.

At-Tirmizi (1497) meriwatkan dan beliau mensahihkannya begitu juga Abu Darda (2802) dan ini lafaznya Abu Darda daripada Al-Barra’ bin ’Azib r.a daripada Rasullah s.a.w sabdanya ”Empat perkara yang tidak boleh ada dalam korban, cacat yang jelas kecacatannya, sakit yang jelas penyakitnya, tempang yang jelas tempangnya dan tulang patah yang tiada sembuhnya”. Empat kecacatan ini dikiaskan kepada semua kecacatan yang menyerupainya yang menyebabkan ia kurus dan kekurangan daging.