Ibadat Korban
Ibadat korban merupakan satu ibadat yang sangat digalakan dalam Islam, khususnya bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewaangan. Ibadat korban telah disyariatkan oleh Allah pada tahun kedua Hijrah.
Firman Allah s.w.t ”Sesungguhnya kami (Allah) telah memberi engkau (Muhammad) kebaikan yang banyak. Maka *sembahayanglah engkau kerana Tuhanmu dan sembelihlah (korbanmu)” (Al-Kautsar: 1-2)
* sembahayang yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah sembahayang sunat hari raya korban.
Hukum Korban
Hukumnya Sunat Muakkad. Adapun bagi mereka yang bernazar hukumnya adalah wajib. Bagi mereka yang berkemampuan adalah makruh meninggalkan amalan ini.
Wajib hukumnya kepada Rasullah s.a.w berdasarkan hadis: ”Diwajibkan keatasku melaksanakan ibadat korban namun ia merupakan amalan sunat bagi kamu”. (Riwayat Imam Tirmizi).
Maksud Korban
Menyembelih binatang ternakan yang terdiri dari unta, lembu, kambing dan kibas yang sampai *umur pada Hari Raya Korban (Aidil Adha) 10 Zulhijjah selepas sembahayang sehinggalah gelincir matahari hari terakhir tasyrik iaitu 13 Zulhijjah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah.
* umur binatang yang boleh dikorbankan
Unta 5 tahun ke atas – 7 bahagian
Lembu, kerbau 2 tahun ke atas – 7 bahagian
Kambing 2 tahun ke atas – 1 bahagian
Bebiri, kibas 1.5 tahun ke atas – 1 bahagian
Ditegah berkorban dengan binatang yang cacat, berpenyakit, patah anggotanya dan terlalu kurus.
Sunat-Sunat Ketika Menyembelih Binatang Korban
1. Membaca basmilah
2. Selawat ke atas Nabi
3. Menghadap Kiblat
4. Bertakbir
5. Berdoa supaya diterima ibadah korban.
Nota :
* Daging korban yang di niat nazar oleh orang yg bernazar, hendaklah disedekahkan semuanya.
* 1/3 daripada daging korban sunat boleh dimakan oleh mereka yang berkorban dan selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin, boleh juga disedekahkan kepada orang kaya mengikut mahzab syafie Mereka yang melakukan ibadat korban disunatkan menyaksikan penyembelihan binatang korban tersebut seperti mana sabda Rasullah s.a.w
“Wahai Fatimah!, berdirilaha di sisi korbanmu dan saksikanlah, sesungguhnya titisan darahya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosa yang telah lalu”. (Riwayat Bazzar dan Ibnu Hibban).
* Menyaksikan sendiri perlaksanaan korban tidak termasuk dalam syarat-syarat ibadat korban.
* Imam Khatib didalam kitabnya Mughni Al-Muhtaj menyatakan, disunatkan bagi mereka yang melaksanakan korban untuk menyembelih sendiri binatang korban tesebut, sekiranya tidak mampu disunatkan bagi mereka menyaksikan penyembelihan itu.
Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”
(Hadis riwayat al-Hakim)
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada korban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)