Pengenalan


Siantan Green (M) Sdn Bhd telah ditubuhkan dengan rasminya pada 9 September 2005 oleh Saudara Zainuddin Bin Mohd Salleh. Pejabat urusan adalah beralamat di No. 14-2, Tingkat 2, Jalan Seri Putra 1/5, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor. Pusat pengedaran pula bertempat di Lot 6501, Kampung Bangi, Pekan Bangi, 43000 Kajang, Selangor.

Siantan Green (M) Sdn Bhd telah mengusahakan ternakan lembu bagi memenuhi keperluan dan permintaan yang semakin meningkat di pasaran tempatan. Perkhidmatan yang dijalankan adalah membekalkan ternakan kepada penternak, memenuhi keperluan ibadah aqiqah dan qurban serta membekalkan daging segar ke pasar borong dan pasaraya tempatan. Antara pasaraya yang menggunakan perkhidmatan kami adalah seperti Jaya Jusco, The Store, Maxvalu, Mydin, Giant dan Carefour.

Syarikat kami kukuh dengan sokongan :
* kakitangan yang mahir dan berpengalaman
* lokasi berdekatan Jalan Utama / Tol Bukit Mahkota - Seri Putra
* ladang yang luas dan bersih
* stok yang mencukupi
* harga yang berpatutan
* khidmat nasihat percuma
* kerjasama yang erat dengan Jabatan Veterinar