17 March 2011

Mencari Pembekal Lembu Tempatan

Kami sedang mencari Pembekal Lembu Tempatan (Karkas)
dari baka K-K dan Brahman
bagi menampung permintaan yang tinggi dari pihak luar.

Dengan itu, kami mengalu-alukan anda yang ingin menjadi pembekal kami dengan segera.

Sila hubungi pegawai kami untuk rundingan harga.

En. Din : 012-331 2440
En. Azlan : 012-661 3378

Harga Kambing

22 February 2011

Promosi Aqiqah 2011

1) Kambing 
* Berat hidup sekitar 25-35kg
* Harga antara RM650 - RM680/ekor
  - Siap diproses (dilapah, dicuci, dicincang - hanya tunggu proses masak)
  - Servis memasak daging, tambah RM200
  - Servis untuk disedekahkan
(Mengikut hukum syarak - 1 ekor untuk perempuan, 2 ekor untuk lelaki)

2) Lembu
* 1 bahagian = RM370 (perempuan)
* 2 bahagian = RM740 (lelaki)
  - Siap diproses (dilapah, dicuci, dicincang - hanya tunggu proses masak)
  - Servis memasak daging, tambah RM200 ++
  - Servis untuk disedekahkan
(Mengikut hukum syarak - 1 bahagian untuk perempuan, 2 bahagian untuk lelaki)

10 February 2011

6.0 Pemakanan

Makanan untuk lembu fidlot boleh melibatkan sehingga 60-70 peratus daripada kos pengendalian/operasi.  Oleh itu perancangan yang teliti bagi memilih penggunaan bahan-bakan makanan yang ekonomik dan cekap adalah kritikal.

6.1  Keperluan Nutrien

Jenis-jenis nutrien yang diperlukan dalam sumber makanan dan fungssinya terhadap kehidupan lembu adalah seperti berikut:-
 
i. Air mengawal suhu badan, memindah nutrien lain ke dalam tubuh dan membantu dalam penglihatan dan pendengaran
 
ii Protein Membantu dalam pertumbuhan, pembiakan dan pengemukkan
 
iii Karbohidrat Sebagai sumber tenaga utama bagi menjalankan semua aktiviti tubuh
 
iv Lemak Sebagai sumber tenaga dan membekalkan asid lemak tertentu
}
v Galian Penting untuk pembinaan tulang, gigi, otot dan sel-sel darah
 
vi Vitamin A - Membantu dalam penglihatan
D - Pencernaan Kalsium dan fungsi proses pembiakan
E - Untuk menguatkan otot

Nutrien-nutrien ini perlu diberi dalam kadar yang seimbang dan secukupnya kepada lembu bagi mendapatkan hasil pengeluaran yang maksimum.

Kekurangan salah satu nutrien ini akan menganggu tumbesaran normal lembu.  Lembu fidlot memerlukan zat-zat nutrien ini secukupnya setiap hari, daripada apa juga sumber bahan makanan yang digunakan.  Zat-zat nutrien berkenaan perlu ada di dalam bahan-bahan terumus dalam rangsum makanan yang diberikan.
Jumlah nutrien yang diperlukan dalam rangsum makanan lembu fidlot adalah seperti berikut:
 


Zat protein
Tenaga Metabolisma
Zat Galian Kalsium
Zat Galian Fosforus
Garam
Vitamin A & D
Zat serat
Air
- Minima 14%
- Minima 10.6 Mj/kg
- Minima 0.65%
- Minima 0.45%
- Diantara 0.50 - 1.0%
- MInima 2200 dan 300 i.u/kg
- Minima 15%
- Semahunya

6.2  Jenis Bahan Makanan

Terdapat pelbagai jenis bahan makanan yang boleh digunakan untuk ternakan lembu fidlot.  Umpamanya foraj, silaj, bijirin dan bahan-bahan sisa pertanian dan perindustrian.  Diantaranya adalah seperti berikut :-
 
i)   Foraj
ii)  Bijirin
iii) Bahan protein
iv) Bahan sisa pertanian
-  Rumput segar, rumput kering, silaj
-  Jagung, dedak gandum, Corn gluten feed, sekoi
-  Dedak soya, dedak kacang tanah, dedak kacang hijau
-:


Kelapa sawit
Padi
Tebu
Kelapa
Sisa dapur
Jagung manis
Ikan
Koko
Rumbia
-  Dedak isirong sawit, Enapcemar sawit, pelepah sawit
-  Dedak padi, beras hancur, jerami padi
-  Gula hitam (molas), Hampas tebu,,pucuk tebu
-  Dedak kopra
-  Lebihan nasi, kepala roti, kulit buahan
-  Batang jagung (Dipotong, di silaj)
-  Ikan baja
-  Lenggai koko
-  Cip batang rumbia, Hampas sagu rumbia

6.3  Jumlah Makanan

Jumlah makanan yang diperlukan oleh seekor lembu fidlot adalah bergantung kepada berat lembu semasa.  Secara purata mereka boleh memakan jumlah bahan kering makanan maksima bersamaan dengan 3.0% daripada berat badan, bergantung kepada jenis makanan yang diberikan.

Di negara tropika seperti Malaysia, dengan keadaan iklim dan jenis makanan yang ada, biasanya lembu fidlot memakan sehingga 2.5 - 2.8% sahaja.  Ini bermakna apa jua jenis makanan yang diberikan, lembu fidlot akan memakan bahan kering makanan diantara 4.0kg sehari pada permulaannya, sehingga mencapai kepada 8-9kg sehari, apabila lembu mencapai berat antara 350-400 kg.

Pada peringkat akhir ini pertambahan berat badan hariannya sudah mula menurun dan pengambilan makanannya akan lebih rendah, iaitu hanya 2.5% sahaja daripada persamaan berat badan sehari.
Lembu fidlot boleh diberi sama ada secara 100% makanan lengkap (konsentrat) yang telah dirumus bagi mengandungi semua nutrien yang diperlukan atau konsentrat biasa,

Pemberian konsentrat biasanya diberi bersama dengan bahan serat seperti rumput atau lain-lain bahan sisa pertanian, contohnya pelepah kelapa sawit yang diracik, jerami padi atau rumput peram.batang jagung diracik atau dijeruk (silage) untuk mendapatkan zat serat.

Walau apa pun kombinasi makanan yang diberikan kepada lembu fidlot, jumpah zat nutrien yang diperlukan bagi setiap peringkat tumbesaran lembu perlulah bagi menjamin kadar tumbesaran atau kenaikan berat badan harian yang tinggi.

Pemberian makanan secara makanan lengkap sekali gus mestilah mengandungi kesemua zat-zat nutrien yang diperlukan, termasuk konsentrat, bahan serat, zat galian dan vitamin secukupnya. Kaedah ini disyorkan untuk projek fidlot berskala besar (komersil) kerana kesukaran mendapatkan unsur rumput atau serat.

Bagi projek fidlot berskala kecil atau sederhana dimana pengusaha tidak sukar mendapatkan unsur serat, penggunaan kaedah kedua adalah lebih digalakkan.  dalam kaedah ini, campuran bahan-bahan makanan biasa (konsentrat) diberi bersama sedikit serat seperti rumput atau lain-lain bahan sisa pertanian dan galian/garam jilat yang boleh disediakan sendiri dengan mudah dan pada kos yang lebih murah.

Bagaimanapun,  bagi kedua-dua kaedah yang dicadangkan tersebut, perlu dipastikan rangsum makanan lembu fidlot mengandungi tidak kurang daripada 15% kandungan serat setiap hari.  Ini penting kerana ternakan ruminan memerlukan serat setiap hari.  Faedah serat kepada ternakan kepada ternakan adalah seperti berikut:-



i. Bakteria didalam rumen memerlukan serat bagi menukarkannya kepada zat tenaga dan berbagai jenis Vitamin B
 
ii Kadar pencernaan makanan akan lebih tinggi kerana dengan adanya serat yang cukup, perjalanan makanan didalam saluran penghadaman akan memakan masa yang lebih lama, bermakna makanan mempunyai lebih banyak masa berada di dalam rumen untuk dicerna oleh bakteria
 
iii Unsur Vitamin A & D boleh didapati dengan cukup daripada apa jua jenis bahan serat, tanpa perlu dicampur dengan vitamin komersil (tambahan) .  Vitamin A adalah penting untuk mengelakkan ternakan menjadi buta.
 
6.4  Bahan-Bahan Makanan

Bagi kebanyakan ternakan, rupa bentuk bahan makanan yang diberikan tidak begitu kritikal, kecuali jika makanan tersebut berbau hapak atau tengek.

Unsur yang penting didalam bahan makanan ternakan adalah perlu mengandungi zat-zat nutrien yang cukup.  Campuran lengkap zat-zat nutrien yang cukup perlu ada dalam makanan ternakan pada kadar yang ditetapkan yang mampu dimakan oelh ternakan

Jumlah kemampuan pengambilan ini sedikit sebanyak bergantung kepada jenis makanan dan khususnya kepda berat badan yang dicapai, seperti ditunjukkan di Jadual 3.  Keperluan zat-zat nutrien lain oleh lembu fidlot juga boleh didapati dalam Jadual 3.

Jenis-jenis bahan makanan yang boleh didapati adalah berbeza bergantung kepada persekitaran atau kawasan/daerah di negara ini.  Kosnya juga adalah berbeza daripada suatu tempat dengan tempat yang lain, mengikut kawasan dimana bahan tersebut boleh didapati dengan banyak.  Diantara contoh bahan-bahan makanan dan anggaran kandungan zat nutriennya adalah seperti ditunujkkan di Jadual 4.

Jadual 3 menunjukkan keperluan harian zat nutrien dan kemampuan pengambilan bahan kering makanan lembu fidlot:
 
Berat Lembu (kg) Kadar Tumbesaran (g/sehari) Pengambilan Bahan Kering (kg) Protein (kg) Tenaga Metabolisma Kalsium (g) Fosforus (g) Vitamin A (i.u)
100 500 2.8 0.361 30.0 16 8 4200
150 500 4.0 0.476 39.4 18 11 6400
200 700 5.8 0.640 52.7 21 14 8500
250 700 6.3 0.718 61.2 23 17 10600
300 700 7.3 0.777 64.6 24 18 12700
350 800 7.4 0.811 73.3 26 19 12700
400 600 9.0 0.902 83.6 27 21 17000
450 600 9.5 0.898 91.3 28 22 19100
 
Jadual 4 menunjukkan pelbagai jenis bahan makanan dan kandungan zat nutriennya :



Nama Bahan Makanan Bahan Kering (%) Protein (%) Tenaga Metabolisma (Mj/kg) Kalsium Fosforus
Rumput Napier 18.4 12.2 8.0 0.30 0.24
R.Napier, silaj 30.0 6.6 7.0 0.25 0.30
Petai Belalalng 19.1 40.4 6.7 0.37 0.51
Jerami padi 98.8 6.7 4.9 0.10 0.10
Pucuk Tebu 30.9 6.2 7.3 0.26 0.11
Hampas barli 25.4 26.6 7.5 0.67 0.53
Dedak gandum 88.0 14.4 11.2 0.20 0.68
Dedak sawit (Exp) 91.8 15.3 10.1 0.20 0.52
Dedak sawit (Sol) 88.2 16.8 10.30 0.21 0.61
Jagung kisar 89.7 9.3 12.48 0.32 0.35
Dedak soya 88.4 45.5 11.20 0.33 0.75
Dedak padi 91.6 12.0 9.03 0.10 0.49
Cip ubi kayu 88.2 2.4 13.00 0.20 0.10
Kepala bilis 34.6 54.7 5.18 4.00 0.43
Batang jagung 37.6 12.2 7.50 0.32 0.34
B.jagung, silaj 23.2 8.2 7.82 0.37 0.86
Hampas tauhu 15.5 30.4 11.90 0.41 0.32
Pelepah sawir 36.4 4.1 4.89 0.32 0.10
Enapcemar sawit 91.1 11.1 6.52 0.70 0.50
Beras hancur 89.1 11.2 11.78 0.03 0.43
Hampas sagu 14.7 2.4 11.11 0.19 0.04
Hampas tebu 45.9 2.0 6.93 0.10 0.03
Gula hitam 76.4 4.2 11.21 0.91 0.09
Najis ayam 85.6 24.0 8.32 5.16 1.11
6.5  Rangsum Makanan Lembu Fidlot

Contoh kiraan suatu rangsum makanan unutk lembu fidlot adalah seperti ditunjukkan di Jadual 5:
Seekor lembu fidlot, pada purata berat badan 200kg. memerlukan (rujuk Jadual 3) sebanyak 5.8 kg bahan kering makanan, 0.64 kg protein, 52.7Mj tenaga metabolisma dan tidak kurang daripada 15% atau 0.87 kg serat didalam rangsum makanan hariannya seperti kiraan berikut:-

Jadual 5 menunjukkan contoh kiraan rangsum makanan unutk lembu fidlot:
 
Bahan Jumlah Basah (kg) Persamaan Berat Kering (kg)
Dedak Isirong sawit 3.4 3.0
Hampas soya 3.2 0.5
Hampas sagu rumbia 10.1 1.5
Batang jagung, diracik 4.0 0.5
JUMLAH
5.8 kg

Rangsum makanan seperti diatas adalah suatu contoh makanan lengkap lembu fidlotyang boleh diguna pakai sekiranya mahu.  Jenis bahan-bahan makanan yang digunakan untuk kiraan dan penyediaan contoh rangsum makanan berkenaan, bagaimanapun boleh ditukar ganti dengan lain-lain jenis bahan yang boleh dan mudah diperolehi dengan memberikan kandungan nutrien yang serupa.

Pemilihan bahan-bahan makanan yang senang dan boleh diperolehi serta yang ternurah diantara yang ada adalah penting.  Untuk contoh yang diberikan ini, lembu fidlot hanya perlu diberi tambahan zat galian, terutamanya galian Kalsium (Ca) dan Fosforus (P), iaitu sebanyak masing-masing 14.5 gm dan 13.4 gm, bersamaan dengan campuran 45 gm Trikalsium fosfat dan 10 gm Kapur (Ground limstones) kedalam rangsum makanannya.  Ia juga memerlukan garam biasa, anggaran sebanyak 30-40 gm sehari.  Adalah lebih baik sekiranya campuran galian jilat disediakan sendiri kerana ianya lebih mudah dan murah, menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati dengan mudah di negara ini.

Contoh campuran galian jilat adalah seperti yang ditunjukkan di Jadual 6.
Untuk lembu yang lain pula buatlah rumusan mengikut kaedah perumusan yang mudah bagi mendapatkan keperluan zat nutrien masing-masing, bergantung kepada berat badan lembu semasa.
Jadual 6 menunjukkan contoh campuran garam jilat untuk lembu fidlot :
 
Jenis Bahan Peratus Rumusan 10 kg Rumusan 100 kg
Trikalsium fosfat 40% 4.0 40.0
Garam biasa 40% 4.0 40.0
Kapur (Ground limestones) 20% 2.0 20.0
JUMLAH 100% atau 10.0 kg atau 100.0 kg

Campuran garam jilat ini dimasukkan kedalam palong kayu berukuran 30 sentimeter x 30 sentimeter dan diikat kepada tiang kandang dengan kuat dan biarkan lembu fidlot menjilat semahunya .  Dijamin ternakan tidak akan memakannya berlebihan daripada yang diperlukan dan tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat kepada mereka.

6.6  Bahan Makanan Tambahan

i.  Galian Jilat:
Galian jilat adalah suatu pertambahan zat, iaitu galian khusus yang boleh diberikan kepada ternakan, secara ad-libitium atau semahunya bagi menentukan ternakan mendapat zat galian yang mencukupi.

ii.  Blok Urea Molas (Urea Molasses Block)
Blok  urea molas mengandungi tambahan tenaga, protein dan galian-galian yang boleh menampung kekurangan zat nutrien yang berkenaan pada ternakan.  Ia boleh juga mengandungi atau dicampur dengan ubat cacing jika diperlukan.  Ternakan yang menjilat Blok Urea Molas ini akan mendapat tambahan zat tenaga, galian, protein dan juga ubat cacing disamping meningkatkan selera makannya dengan terdapatnya urea didalamnya, yang berfungsi sebagai perangsang selera.

6.7  Formulasi Makanan Untuk Lembu Fidlot

Campuran makanan untuk lembu fidlot boleh dirumuskan menggunakan berbagai kaedah formulasi : secara mesin kira biasa atau menggunakan program-program komputer yang lebih tepat dan canggih.  Pemakaian program komputer dapat menjamin campuran konsentrat yang menepati piawaian serta mengandungi segala zat nutrien yang diperlukan.

i.   Kaedah Formulasi Makanan
Terdapat banyak kaedah formulasi yang boleh digunakan bagi mendapatkan campuran makanan atau rangsum unutk lembu fidlot, diantaranya ialah:
a)  Kaedah Silang (Pearson Square Method)
b)  Kaedah Persamaan Serentak (Simultaneous Equation)
c)  Kaedah Formulasi Kos Termurah (Least Cost Formulation)

ii.  Contoh Kaedah Silang
Kaedah Silang adalah suatu kaedah yang amat mudah digunakan dan amat praktikal.  Suatu perkiraan rangsum dengan menggunakan kaedah ini amat ringkas, seperti ditunjukkan dibawah.
Suatu contoh campuran menggunakan dedak isirong sawit (Protein - 16%) dan hampas sagu rumbia (Protein - 2.0%) disediakan untuk mendapatkan purata kandungan protein sebanyak 14%.
Kaedah Silang digunakan untuk mendapatkan campuran ini, mengandunbgi 14% protein yang diperlukan diletakkan ditengah-tengah "Silang" seperti berikut :-

Dedak isirong sawit (16%)
11.5     11.5 x 100
               13.5
           =  85.0%

           
Hampas sagu rumbia
(2.5% Protein)



2.0      2x100   = 15.0%
13.5       13.5  
                        100%
       
Contoh diatas mengjhasilkan kombinasi campuran dua bahan, iaitu dedak isirong sawit dan hampas sagu rumbia dengan kandungan protein sebanyak 14% seperti berikut:-
Dedak isirong sawit :  85%
Hampas sagu rumbia : 15% (Persamaan 100 kg basah)
Jumlah :                    : 100.00%
Contoh yang sama boleh digunapakai, menggunakan bahan-bahan yang lain untuk mendapatkan jumlah protein atau tenaga seperti yang diperlukan.  Jika diperhatikan campuran diatas tidak temasuk bahan galian.  Dengan mudah bahan galian boleh dimasukkan kedalam campuran tersebut dengan mengurangkan sedikit peratusan bahan-bahan diatas dan digantikan dengan bahan galian seperti berikut:
 
Dedak isirong sawit 83.5%
Hampas sagu rumbia 14%
Trikalsium fosfat 1.0%
Garam 1.0%
Kapur (Ground limestone) 0.5%
Jumlah 100%
Pada masa kini terdapat berbagai kaedah boleh digunapakai untuk mendapatkan formulasi yang lebih tepat, menggunakan lebih banyak bahan makanan dan menentukan ketepatan berbagai zat nutrien yang perlu.  Program komputer sekarang mampu membuat apa saja formulasi dan boleh menepati apa saja kehendak pengguna.
6.8  Pemprosesan Makanan

Makanan atau bahan-bahan makanan yang diperlukan untuk ternakan kadang kalanya perlu diproses terlebih dahulu.  Ada juga bahan makanan yang boleh digunakan terus seperti sedia ada.  Ada bahan yang perlu dikisar halus seperti bijirin , iaitu jagung atau diempingkan seperti oat, diproses minyaknya seperti kacang soya dan kacang tanah atau diracik seperti ubi kayu, pelepah sawit dan batang jagung

Bahan-bahan makanan pula boleh dicampurkan menjadi makanan terumus atau dicampur sebati dan boleh diberikan kepada ternakan dalam bentuk abuk (mash), dipellet atau boleh juga dijadikan "wafer" atau ketulan empat segi berukuran 1" x 1" x 1"

Untuk lembu fidlot adalah memadai jika makanan diberikan dalam bentuk abuk sahaja bagi menjimatkan kos.  Makanan dalam bentuk abuk hanya memerlukan sebuah "mixer" yang tidak begitu mahal kosnya.

6.9  Jenis-Jenis Formulasi Makanan Lembu Fidlot.

Contoh kombinasi beberapa campuran konsentrat yang boleh digunakan untuk lembu fidlot, dimana bersesuaian adalah sperti disenaraikan di Jadual 7.

Jadual 7 menunjukkan contoh formulasi makanan untuk lembu fidlot:


Jenis Bahan Campuran
(%)
Pemberian untuk lembu 200 kg
(Bersamaan 5.8 kg bahan kering)
Formulasi 1 :
  Dedak isirong sawit
  Hampas sagu rumbia (Basah)
  Hampas soya (Tauhu, basah)
  Trikalsium fosfat
  Garam biasa
  Kapur (Ground limestone)



50.0
30.0
17.5
1.0
1.0
0.5




2.9 kg
11.6 kg
6.8 kg
58.0 g
58.0 g
29.0
Formulasi 2 :
  Dedak isirong sawit
  Dedak padi
  Gula hitam (Molas)
  Beras hancur
  Campuran 3 galian


47.5
20.0
5.0
25.0
2.5


2.76 kg
1.16 kg
0.29 kg
1.45 kg
145 g
Formulasi 3 :
 
Dedak padi
  Beras hancur
  Hampas kacang hijau
  Campuran 3 galian


42.5
30.0
25.0
2.5



2.50 kg
1.75 kg
1.45 kg
145 g
Formulasi 4 :
 
Dedak isirong sawit
  Enapcemar sawit
  Gula molas
  Corn gluten feed
  Campuran 3 galian


47.5
20.0
5.0
25.0
2.5


2.75 kg
1.16 kg
0.29 kg
1.45 kg
145 g
Formulasi 5 :
  Corn gluten feed
  Hampas kacang hitam
  Dedak padi
  Gula molas
  Campuran 3 galian


32.5
30.0
30.0
5.0
2.5


1.90
1.75
1.75
0.29
145 g
Setiap daripada formula ini boleh memberikan cukup nutrien untuk lembu fidlot.  Bahan-bahan didalam setiap formula tersebut perlu digaul rapi apabila dicampurkan.  Sekiranya campuran digaul atau dibuat banyak sekali gus, campuran kemudiannya boleh dimasukkan ke dalam guni dan disimpan untuk digunakan kemudian.
Jika alat mixer  digunakan, campuran boleh dibuat untuk 1 tan, 2 atau 5 tan sekali dan tidak perlu dibuat setiap hari

Secara praktikal, pemberian dan keperluan makanan kepada lembu fidlot tidah perlu disukat atau ditimbang setiap hari.  Sebagai contoh, untuk lembu yang beratnya sekitar 200 kg yang memerlukan sebanyak 5.8kg makanan setiap hari, makanan boleh diberikan secara ad-libitium atau dibiarkan ia makan mengikut kemampuannya, asalkan ia mendapat cukup makanan setiap hari.  Bagaimanapun, jangan dibiarkan makanan terdedah lama didalam palung makanan atau sehingga melimpah dan membazirkan.

Jumlah keperluan makanan yang ditunjukkan di Jadual 3 itu adalah hanya sebagai panduan sahaja supaya jumlah makanan yang perlu diberikan dapat dianggarkan dengan cekap.
 
PKC adalah contoh makanan ternakan yang boleh diberi kepada lembu fidlot samada secara 100% makanan lengkap atau dirumus dengan bahan-bahan buangan pertanian seperti hampas sagu atau soya


5.0 Infrastruktur

5.1  Lokasi

Pemilihan tapak projek fidlot perlu mengambil kira beberapa faktor seperti topografi, jenis tanah, kemudahan bekalan air dan elektrik, kesediaan sumber makanan ternakan, sumber bekalan ternakan, sistem pengangkutan, pasaran dan pembuangan najis.

Seeloknya lokasi ladang/projek fidlot terletak sekurang-kurangnya 0.5 km radius daripada kawasan kediaman/perumahan dan perindustrian serta tidak terlalu hampir dengan sungai atau sistem tali air.  Ini bagi mengelakkan lempahan apabila berlaku banjir atau hujan lebat.  Sekeliling kawasan ladang fidlot perlu dipagar (pagar perimeter) dan disulami dengan pokok-pokok tanaman /buahan.

Elakkan kawasan yang rendah dan mudah tenggelam apabila banjir berlaku.  Pastikan jalan keluar-masuk ke kawasan ladang boleh dilalui sepanjang musim serta dapat menampung kenderaan (lori) sehingga seberat 16 tan.

Tapak projek lembu fidlot perlu dikawasan yang strategik dari aspek topografi, persekitaran dan kemudahan prasarana
5.2  Topografi

Permukaan tanah bagi projek fidlot perlulah rata dan mempunyai pengaliran yang baik.  Bagi kawasan yang kerap hujan penempatan projek fidlot di kawasan berbukit adalah lebih baik kerana ini membolehkan pengaliran air yang baik di samping mengurangkan masalah tanah berbecak.
Bagaimanapun, pemilihan tapak projek fidlot di kawasan yang rata dapat mengurangkan kos pembinaan jalan, pagar dan kemudahan lain dibandingkan dengan kawasan berbukit.

5.3  Bekalan Air Dan Elektrik 

Apabila merancang projek fidlot, kemudahan sumber bekalan air perlu difikirkan semasa memilih tapak untuk projek fidlot.

Lembu yang mempunyai berat badan antara 200-400kg memerlukan air minuman sebanyak  25-40 liter sehari.  Oleh yang demikian, penternak yang memelihara 100 ekor akan memerlukan sebanyak 2500-5000 liter air minuman sehari.  Air diperlukan juga untuk mencuci kandang dan peralatan fidlot.  Perigi atau parit pengairan merupakan sumber air semula jadi yang sesuai selain bekalan daripada Jabatan Bekalan Air.

Bagi projek yang besar atau projek yang berpotensi untuk berkembang pada masa hadapan, sumber tenaga daripada bekalan elektrik diperlukan untuk menjalankan kilang makanan.  Bekalan elektrik juga diperlukan untuk menjalankan mesin-mesin dan peralatan tertentu bagi projek fidlot secara mekanikal.

5.4  Reka Bentuk Kandang 

Penentuan reka bentuk kandang fidlot yang betul dan sesuai adalah penting untuk penempatan ternakan fidlot dalam persekitaran yang selesa, disamping menentukan kos pemakanan dan pengurusan yang menguntungkan.
Reka bentuk kandang dipengaruhi oleh iklim, bilangan ternakan serta rancangan perkembangan fidlot pada masa hadapan.  Oleh kerana negara ini beriklim panas dan hujan sepanjang tahun, kandang berbumbung adalah lebih sesuai daripada kandang terbuka.

Contoh rekabentuk kandang yang praktikal dan ekonomik untuk projek 
lembu fidlot skala sederhana (semi-komersil)
5.5 Kandang Kurungan

Pembinaan kandang kurungan untuk lembu-lembu fidlot perlu mematuhi aspek-aspek kemudahan infrastruktur yang 'standard' seperti berikut:








i. Bumbung
Bumbung kandang fidlot perlu dibina untuk memberi perlindungan kepada ternakan semasa hujan dan panas.  Bumbung boleh dibina sama ada dengan menutup keseluruhan atau sebahagian daripada kawasan lantai kandang, bergantung pada modal yang ada.
Kandang yang di tutup sebahagiannya dengan bumbung  membolehkan cahaya matahari mengeringkan lantai, justeru mengurangkan pertumbuhan organisma-organisma yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit kepada ternakan.
Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membina bumbung termasuklah zink, atap, asbestos dan lapisan getah tar.



ii. Lantai
Lantai perlu dibuat daripada konkrit simen untuk mengelakkan keadaan becak atau berlumpur.  Prestasi ternakan akan menurun sekiranya ternakan dipelihara di tempat yang berbecak kerana keadaan sebegini akan memudahkan serangan penyakit.
Lantai simen yang dibina mestilah mempunyai  ketebalan sekurang-kurangnya 10cm(4 inci) dan ini juga tertakluk kepada kepadatan tanah dengan kecerunan 2% menghala ke parit.



iii.







 

Rekabentuk kandang menunjukkan bumbung dan lantai konkrit yang 
praktikal dan ekonomik untuk projek lembu fidlot komersil

iv. Sistem Saliran
Kandang fidlot mestilah disediakan dengan sistem saliran (parit) yang lengkap supaya air dan najis ternakan dapat disalirkan dengan sempurna
Sistem saliran yang tidak sempurna akan menyulitkan kerja-kerja mencuci kandang.  Air dan najis yang bertakung akan menggalakkan pembiakan parasit dan seterusnya menjejaskan prestasi ternakan fidlot.

v. Palung Makanan  
Palung makanan untuk lembu-lembu fidlot perlu dibina di tepi kandang kurungan supaya pemberian makanan mudah dijalankan.
Palung makanan yang sesuai adalah yang berukuran 60cm (24inci) lebar dan 45cm (18inci) tinggi.

Seekor lembu memerlukan 15cm (6inci) ruang makanan.  Lantai simen di bahagian tempat makanan perlu ditinggikan sedikit supaya air, najis dan makanan yang terbuang dapat dibersihkan dengan mudah di samping mengelakkan kawasan kandang menjadi lembab dan berbecak.

Antara bahan-bahan yang sesuai digunakan untuk membina tempat/palung makanan ialah konkrit dan tong polyetelene yang dipotong melintang.

vi. Palung Air Minuman  
Kedudukan palung air minum bergantung pada reka bentuk kandang kurungan dan jenis takungan air yang digunakan. Bagi kandang yang mempunyai beberapa petak, palung airnya perlu ditempatkan diantara petak.

Kadang kurungan yang menampung 50 ekor lembu perlu mempunyai palung air minuman yang tersendiri.  Palung air minuman yang sesuai ialah yang berukuran 46cm (18 inci) dan 60 cm(24 inci) tinggi.

Untuk membina palung air, konkrit merupakan bahan yang sesuai digunakan selain daripada tong dram dan gelung konkrit sebagai alternatif. 


vii. Kolam Takungan Najis  
Kolam takungan najis untuk sisa buangan/kumbahan fidlot perlu disediakan untuk mengelakkan najis dari kawasan fidlot mencemari sungai, mata air dan kawasan persekitaran.  Dengan adanya kolam takungan ini, kesemua najis yang dihasilkan dapat dikumpulkan setempat.

Saiz kolam takungan najis bergantung pada bilangan ternakan yang dipelihara dan kegunaannya, (maklumat terperinci, sila rujuk Chapter 8: Sisa Buangan Fidlot) .
  
viii. Tempat Rawatan  
Tempat atau lorong rawatan (travis) diperlukan untuk memudahkan rawatan ternakan dan boleh juga digunakan sebagai tempat untuk menimbang ternakan.