Makanan untuk lembu fidlot boleh melibatkan sehingga 60-70 peratus daripada kos pengendalian/operasi. Oleh itu perancangan yang teliti bagi memilih penggunaan bahan-bakan makanan yang ekonomik dan cekap adalah kritikal.
6.1 Keperluan Nutrien
Jenis-jenis nutrien yang diperlukan dalam sumber makanan dan fungssinya terhadap kehidupan lembu adalah seperti berikut:-
i. | Air | mengawal suhu badan, memindah nutrien lain ke dalam tubuh dan membantu dalam penglihatan dan pendengaran | |
ii | Protein | Membantu dalam pertumbuhan, pembiakan dan pengemukkan | |
iii | Karbohidrat | Sebagai sumber tenaga utama bagi menjalankan semua aktiviti tubuh | |
iv | Lemak | Sebagai sumber tenaga dan membekalkan asid lemak tertentu } | |
v | Galian | Penting untuk pembinaan tulang, gigi, otot dan sel-sel darah | |
vi | Vitamin | A - Membantu dalam penglihatan D - Pencernaan Kalsium dan fungsi proses pembiakan E - Untuk menguatkan otot |
Nutrien-nutrien ini perlu diberi dalam kadar yang seimbang dan secukupnya kepada lembu bagi mendapatkan hasil pengeluaran yang maksimum.
Kekurangan salah satu nutrien ini akan menganggu tumbesaran normal lembu. Lembu fidlot memerlukan zat-zat nutrien ini secukupnya setiap hari, daripada apa juga sumber bahan makanan yang digunakan. Zat-zat nutrien berkenaan perlu ada di dalam bahan-bahan terumus dalam rangsum makanan yang diberikan.
Jumlah nutrien yang diperlukan dalam rangsum makanan lembu fidlot adalah seperti berikut:
Zat protein Tenaga Metabolisma Zat Galian Kalsium Zat Galian Fosforus Garam Vitamin A & D Zat serat Air | - Minima 14% - Minima 10.6 Mj/kg - Minima 0.65% - Minima 0.45% - Diantara 0.50 - 1.0% - MInima 2200 dan 300 i.u/kg - Minima 15% - Semahunya |
6.2 Jenis Bahan Makanan
Terdapat pelbagai jenis bahan makanan yang boleh digunakan untuk ternakan lembu fidlot. Umpamanya foraj, silaj, bijirin dan bahan-bahan sisa pertanian dan perindustrian. Diantaranya adalah seperti berikut :-
i) Foraj ii) Bijirin iii) Bahan protein iv) Bahan sisa pertanian | - Rumput segar, rumput kering, silaj - Jagung, dedak gandum, Corn gluten feed, sekoi - Dedak soya, dedak kacang tanah, dedak kacang hijau -: |
Kelapa sawit Padi Tebu Kelapa Sisa dapur Jagung manis Ikan Koko Rumbia | - Dedak isirong sawit, Enapcemar sawit, pelepah sawit - Dedak padi, beras hancur, jerami padi - Gula hitam (molas), Hampas tebu,,pucuk tebu - Dedak kopra - Lebihan nasi, kepala roti, kulit buahan - Batang jagung (Dipotong, di silaj) - Ikan baja - Lenggai koko - Cip batang rumbia, Hampas sagu rumbia |
6.3 Jumlah Makanan
Jumlah makanan yang diperlukan oleh seekor lembu fidlot adalah bergantung kepada berat lembu semasa. Secara purata mereka boleh memakan jumlah bahan kering makanan maksima bersamaan dengan 3.0% daripada berat badan, bergantung kepada jenis makanan yang diberikan.
Di negara tropika seperti Malaysia, dengan keadaan iklim dan jenis makanan yang ada, biasanya lembu fidlot memakan sehingga 2.5 - 2.8% sahaja. Ini bermakna apa jua jenis makanan yang diberikan, lembu fidlot akan memakan bahan kering makanan diantara 4.0kg sehari pada permulaannya, sehingga mencapai kepada 8-9kg sehari, apabila lembu mencapai berat antara 350-400 kg.
Pada peringkat akhir ini pertambahan berat badan hariannya sudah mula menurun dan pengambilan makanannya akan lebih rendah, iaitu hanya 2.5% sahaja daripada persamaan berat badan sehari.
Lembu fidlot boleh diberi sama ada secara 100% makanan lengkap (konsentrat) yang telah dirumus bagi mengandungi semua nutrien yang diperlukan atau konsentrat biasa,
Pemberian konsentrat biasanya diberi bersama dengan bahan serat seperti rumput atau lain-lain bahan sisa pertanian, contohnya pelepah kelapa sawit yang diracik, jerami padi atau rumput peram.batang jagung diracik atau dijeruk (silage) untuk mendapatkan zat serat.
Walau apa pun kombinasi makanan yang diberikan kepada lembu fidlot, jumpah zat nutrien yang diperlukan bagi setiap peringkat tumbesaran lembu perlulah bagi menjamin kadar tumbesaran atau kenaikan berat badan harian yang tinggi.
Pemberian makanan secara makanan lengkap sekali gus mestilah mengandungi kesemua zat-zat nutrien yang diperlukan, termasuk konsentrat, bahan serat, zat galian dan vitamin secukupnya. Kaedah ini disyorkan untuk projek fidlot berskala besar (komersil) kerana kesukaran mendapatkan unsur rumput atau serat.
Bagi projek fidlot berskala kecil atau sederhana dimana pengusaha tidak sukar mendapatkan unsur serat, penggunaan kaedah kedua adalah lebih digalakkan. dalam kaedah ini, campuran bahan-bahan makanan biasa (konsentrat) diberi bersama sedikit serat seperti rumput atau lain-lain bahan sisa pertanian dan galian/garam jilat yang boleh disediakan sendiri dengan mudah dan pada kos yang lebih murah.
Bagaimanapun, bagi kedua-dua kaedah yang dicadangkan tersebut, perlu dipastikan rangsum makanan lembu fidlot mengandungi tidak kurang daripada 15% kandungan serat setiap hari. Ini penting kerana ternakan ruminan memerlukan serat setiap hari. Faedah serat kepada ternakan kepada ternakan adalah seperti berikut:-
i. | Bakteria didalam rumen memerlukan serat bagi menukarkannya kepada zat tenaga dan berbagai jenis Vitamin B | |
ii | Kadar pencernaan makanan akan lebih tinggi kerana dengan adanya serat yang cukup, perjalanan makanan didalam saluran penghadaman akan memakan masa yang lebih lama, bermakna makanan mempunyai lebih banyak masa berada di dalam rumen untuk dicerna oleh bakteria | |
iii | Unsur Vitamin A & D boleh didapati dengan cukup daripada apa jua jenis bahan serat, tanpa perlu dicampur dengan vitamin komersil (tambahan) . Vitamin A adalah penting untuk mengelakkan ternakan menjadi buta. |
6.4 Bahan-Bahan Makanan
Bagi kebanyakan ternakan, rupa bentuk bahan makanan yang diberikan tidak begitu kritikal, kecuali jika makanan tersebut berbau hapak atau tengek.
Unsur yang penting didalam bahan makanan ternakan adalah perlu mengandungi zat-zat nutrien yang cukup. Campuran lengkap zat-zat nutrien yang cukup perlu ada dalam makanan ternakan pada kadar yang ditetapkan yang mampu dimakan oelh ternakan
Jumlah kemampuan pengambilan ini sedikit sebanyak bergantung kepada jenis makanan dan khususnya kepda berat badan yang dicapai, seperti ditunjukkan di Jadual 3. Keperluan zat-zat nutrien lain oleh lembu fidlot juga boleh didapati dalam Jadual 3.
Jenis-jenis bahan makanan yang boleh didapati adalah berbeza bergantung kepada persekitaran atau kawasan/daerah di negara ini. Kosnya juga adalah berbeza daripada suatu tempat dengan tempat yang lain, mengikut kawasan dimana bahan tersebut boleh didapati dengan banyak. Diantara contoh bahan-bahan makanan dan anggaran kandungan zat nutriennya adalah seperti ditunujkkan di Jadual 4.
Jadual 3 menunjukkan keperluan harian zat nutrien dan kemampuan pengambilan bahan kering makanan lembu fidlot:
Berat Lembu (kg) | Kadar Tumbesaran (g/sehari) | Pengambilan Bahan Kering (kg) | Protein (kg) | Tenaga Metabolisma | Kalsium (g) | Fosforus (g) | Vitamin A (i.u) |
100 | 500 | 2.8 | 0.361 | 30.0 | 16 | 8 | 4200 |
150 | 500 | 4.0 | 0.476 | 39.4 | 18 | 11 | 6400 |
200 | 700 | 5.8 | 0.640 | 52.7 | 21 | 14 | 8500 |
250 | 700 | 6.3 | 0.718 | 61.2 | 23 | 17 | 10600 |
300 | 700 | 7.3 | 0.777 | 64.6 | 24 | 18 | 12700 |
350 | 800 | 7.4 | 0.811 | 73.3 | 26 | 19 | 12700 |
400 | 600 | 9.0 | 0.902 | 83.6 | 27 | 21 | 17000 |
450 | 600 | 9.5 | 0.898 | 91.3 | 28 | 22 | 19100 |
Jadual 4 menunjukkan pelbagai jenis bahan makanan dan kandungan zat nutriennya :
Nama Bahan Makanan | Bahan Kering (%) | Protein (%) | Tenaga Metabolisma (Mj/kg) | Kalsium | Fosforus |
Rumput Napier | 18.4 | 12.2 | 8.0 | 0.30 | 0.24 |
R.Napier, silaj | 30.0 | 6.6 | 7.0 | 0.25 | 0.30 |
Petai Belalalng | 19.1 | 40.4 | 6.7 | 0.37 | 0.51 |
Jerami padi | 98.8 | 6.7 | 4.9 | 0.10 | 0.10 |
Pucuk Tebu | 30.9 | 6.2 | 7.3 | 0.26 | 0.11 |
Hampas barli | 25.4 | 26.6 | 7.5 | 0.67 | 0.53 |
Dedak gandum | 88.0 | 14.4 | 11.2 | 0.20 | 0.68 |
Dedak sawit (Exp) | 91.8 | 15.3 | 10.1 | 0.20 | 0.52 |
Dedak sawit (Sol) | 88.2 | 16.8 | 10.30 | 0.21 | 0.61 |
Jagung kisar | 89.7 | 9.3 | 12.48 | 0.32 | 0.35 |
Dedak soya | 88.4 | 45.5 | 11.20 | 0.33 | 0.75 |
Dedak padi | 91.6 | 12.0 | 9.03 | 0.10 | 0.49 |
Cip ubi kayu | 88.2 | 2.4 | 13.00 | 0.20 | 0.10 |
Kepala bilis | 34.6 | 54.7 | 5.18 | 4.00 | 0.43 |
Batang jagung | 37.6 | 12.2 | 7.50 | 0.32 | 0.34 |
B.jagung, silaj | 23.2 | 8.2 | 7.82 | 0.37 | 0.86 |
Hampas tauhu | 15.5 | 30.4 | 11.90 | 0.41 | 0.32 |
Pelepah sawir | 36.4 | 4.1 | 4.89 | 0.32 | 0.10 |
Enapcemar sawit | 91.1 | 11.1 | 6.52 | 0.70 | 0.50 |
Beras hancur | 89.1 | 11.2 | 11.78 | 0.03 | 0.43 |
Hampas sagu | 14.7 | 2.4 | 11.11 | 0.19 | 0.04 |
Hampas tebu | 45.9 | 2.0 | 6.93 | 0.10 | 0.03 |
Gula hitam | 76.4 | 4.2 | 11.21 | 0.91 | 0.09 |
Najis ayam | 85.6 | 24.0 | 8.32 | 5.16 | 1.11 |
6.5 Rangsum Makanan Lembu Fidlot
Contoh kiraan suatu rangsum makanan unutk lembu fidlot adalah seperti ditunjukkan di Jadual 5:
Seekor lembu fidlot, pada purata berat badan 200kg. memerlukan (rujuk Jadual 3) sebanyak 5.8 kg bahan kering makanan, 0.64 kg protein, 52.7Mj tenaga metabolisma dan tidak kurang daripada 15% atau 0.87 kg serat didalam rangsum makanan hariannya seperti kiraan berikut:-
Jadual 5 menunjukkan contoh kiraan rangsum makanan unutk lembu fidlot:
Bahan | Jumlah Basah (kg) | Persamaan Berat Kering (kg) |
Dedak Isirong sawit | 3.4 | 3.0 |
Hampas soya | 3.2 | 0.5 |
Hampas sagu rumbia | 10.1 | 1.5 |
Batang jagung, diracik | 4.0 | 0.5 |
JUMLAH | 5.8 kg |
Rangsum makanan seperti diatas adalah suatu contoh makanan lengkap lembu fidlotyang boleh diguna pakai sekiranya mahu. Jenis bahan-bahan makanan yang digunakan untuk kiraan dan penyediaan contoh rangsum makanan berkenaan, bagaimanapun boleh ditukar ganti dengan lain-lain jenis bahan yang boleh dan mudah diperolehi dengan memberikan kandungan nutrien yang serupa.
Pemilihan bahan-bahan makanan yang senang dan boleh diperolehi serta yang ternurah diantara yang ada adalah penting. Untuk contoh yang diberikan ini, lembu fidlot hanya perlu diberi tambahan zat galian, terutamanya galian Kalsium (Ca) dan Fosforus (P), iaitu sebanyak masing-masing 14.5 gm dan 13.4 gm, bersamaan dengan campuran 45 gm Trikalsium fosfat dan 10 gm Kapur (Ground limstones) kedalam rangsum makanannya. Ia juga memerlukan garam biasa, anggaran sebanyak 30-40 gm sehari. Adalah lebih baik sekiranya campuran galian jilat disediakan sendiri kerana ianya lebih mudah dan murah, menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati dengan mudah di negara ini.
Contoh campuran galian jilat adalah seperti yang ditunjukkan di Jadual 6.
Untuk lembu yang lain pula buatlah rumusan mengikut kaedah perumusan yang mudah bagi mendapatkan keperluan zat nutrien masing-masing, bergantung kepada berat badan lembu semasa.
Jadual 6 menunjukkan contoh campuran garam jilat untuk lembu fidlot :
Jenis Bahan | Peratus | Rumusan 10 kg | Rumusan 100 kg |
Trikalsium fosfat | 40% | 4.0 | 40.0 |
Garam biasa | 40% | 4.0 | 40.0 |
Kapur (Ground limestones) | 20% | 2.0 | 20.0 |
JUMLAH | 100% atau | 10.0 kg atau | 100.0 kg |
Campuran garam jilat ini dimasukkan kedalam palong kayu berukuran 30 sentimeter x 30 sentimeter dan diikat kepada tiang kandang dengan kuat dan biarkan lembu fidlot menjilat semahunya . Dijamin ternakan tidak akan memakannya berlebihan daripada yang diperlukan dan tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat kepada mereka.
6.6 Bahan Makanan Tambahan
i. Galian Jilat:
Galian jilat adalah suatu pertambahan zat, iaitu galian khusus yang boleh diberikan kepada ternakan, secara ad-libitium atau semahunya bagi menentukan ternakan mendapat zat galian yang mencukupi.
Galian jilat adalah suatu pertambahan zat, iaitu galian khusus yang boleh diberikan kepada ternakan, secara ad-libitium atau semahunya bagi menentukan ternakan mendapat zat galian yang mencukupi.
ii. Blok Urea Molas (Urea Molasses Block)
Blok urea molas mengandungi tambahan tenaga, protein dan galian-galian yang boleh menampung kekurangan zat nutrien yang berkenaan pada ternakan. Ia boleh juga mengandungi atau dicampur dengan ubat cacing jika diperlukan. Ternakan yang menjilat Blok Urea Molas ini akan mendapat tambahan zat tenaga, galian, protein dan juga ubat cacing disamping meningkatkan selera makannya dengan terdapatnya urea didalamnya, yang berfungsi sebagai perangsang selera.
6.7 Formulasi Makanan Untuk Lembu Fidlot
Campuran makanan untuk lembu fidlot boleh dirumuskan menggunakan berbagai kaedah formulasi : secara mesin kira biasa atau menggunakan program-program komputer yang lebih tepat dan canggih. Pemakaian program komputer dapat menjamin campuran konsentrat yang menepati piawaian serta mengandungi segala zat nutrien yang diperlukan.
i. Kaedah Formulasi Makanan
Terdapat banyak kaedah formulasi yang boleh digunakan bagi mendapatkan campuran makanan atau rangsum unutk lembu fidlot, diantaranya ialah:
a) Kaedah Silang (Pearson Square Method)
b) Kaedah Persamaan Serentak (Simultaneous Equation)
c) Kaedah Formulasi Kos Termurah (Least Cost Formulation)
b) Kaedah Persamaan Serentak (Simultaneous Equation)
c) Kaedah Formulasi Kos Termurah (Least Cost Formulation)
ii. Contoh Kaedah Silang
Kaedah Silang adalah suatu kaedah yang amat mudah digunakan dan amat praktikal. Suatu perkiraan rangsum dengan menggunakan kaedah ini amat ringkas, seperti ditunjukkan dibawah.
Suatu contoh campuran menggunakan dedak isirong sawit (Protein - 16%) dan hampas sagu rumbia (Protein - 2.0%) disediakan untuk mendapatkan purata kandungan protein sebanyak 14%.
Kaedah Silang digunakan untuk mendapatkan campuran ini, mengandunbgi 14% protein yang diperlukan diletakkan ditengah-tengah "Silang" seperti berikut :-
Dedak isirong sawit (16%) | 11.5 11.5 x 100 13.5 = 85.0% | |
Hampas sagu rumbia (2.5% Protein) | 2.0 2x100 = 15.0% 13.5 13.5 100% |
Contoh diatas mengjhasilkan kombinasi campuran dua bahan, iaitu dedak isirong sawit dan hampas sagu rumbia dengan kandungan protein sebanyak 14% seperti berikut:-
Dedak isirong sawit : 85%
Hampas sagu rumbia : 15% (Persamaan 100 kg basah)
Jumlah : : 100.00%
Hampas sagu rumbia : 15% (Persamaan 100 kg basah)
Jumlah : : 100.00%
Contoh yang sama boleh digunapakai, menggunakan bahan-bahan yang lain untuk mendapatkan jumlah protein atau tenaga seperti yang diperlukan. Jika diperhatikan campuran diatas tidak temasuk bahan galian. Dengan mudah bahan galian boleh dimasukkan kedalam campuran tersebut dengan mengurangkan sedikit peratusan bahan-bahan diatas dan digantikan dengan bahan galian seperti berikut:
Dedak isirong sawit | 83.5% |
Hampas sagu rumbia | 14% |
Trikalsium fosfat | 1.0% |
Garam | 1.0% |
Kapur (Ground limestone) | 0.5% |
Jumlah | 100% |
Pada masa kini terdapat berbagai kaedah boleh digunapakai untuk mendapatkan formulasi yang lebih tepat, menggunakan lebih banyak bahan makanan dan menentukan ketepatan berbagai zat nutrien yang perlu. Program komputer sekarang mampu membuat apa saja formulasi dan boleh menepati apa saja kehendak pengguna.
6.8 Pemprosesan Makanan
Makanan atau bahan-bahan makanan yang diperlukan untuk ternakan kadang kalanya perlu diproses terlebih dahulu. Ada juga bahan makanan yang boleh digunakan terus seperti sedia ada. Ada bahan yang perlu dikisar halus seperti bijirin , iaitu jagung atau diempingkan seperti oat, diproses minyaknya seperti kacang soya dan kacang tanah atau diracik seperti ubi kayu, pelepah sawit dan batang jagung
Makanan atau bahan-bahan makanan yang diperlukan untuk ternakan kadang kalanya perlu diproses terlebih dahulu. Ada juga bahan makanan yang boleh digunakan terus seperti sedia ada. Ada bahan yang perlu dikisar halus seperti bijirin , iaitu jagung atau diempingkan seperti oat, diproses minyaknya seperti kacang soya dan kacang tanah atau diracik seperti ubi kayu, pelepah sawit dan batang jagung
Bahan-bahan makanan pula boleh dicampurkan menjadi makanan terumus atau dicampur sebati dan boleh diberikan kepada ternakan dalam bentuk abuk (mash), dipellet atau boleh juga dijadikan "wafer" atau ketulan empat segi berukuran 1" x 1" x 1"
Untuk lembu fidlot adalah memadai jika makanan diberikan dalam bentuk abuk sahaja bagi menjimatkan kos. Makanan dalam bentuk abuk hanya memerlukan sebuah "mixer" yang tidak begitu mahal kosnya.
6.9 Jenis-Jenis Formulasi Makanan Lembu Fidlot.
Contoh kombinasi beberapa campuran konsentrat yang boleh digunakan untuk lembu fidlot, dimana bersesuaian adalah sperti disenaraikan di Jadual 7.
Jadual 7 menunjukkan contoh formulasi makanan untuk lembu fidlot:
Jenis Bahan | Campuran (%) | Pemberian untuk lembu 200 kg (Bersamaan 5.8 kg bahan kering) |
Formulasi 1 : Dedak isirong sawit Hampas sagu rumbia (Basah) Hampas soya (Tauhu, basah) Trikalsium fosfat Garam biasa Kapur (Ground limestone) | 50.0 30.0 17.5 1.0 1.0 0.5 | 2.9 kg 11.6 kg 6.8 kg 58.0 g 58.0 g 29.0 |
Formulasi 2 : Dedak isirong sawit Dedak padi Gula hitam (Molas) Beras hancur Campuran 3 galian | 47.5 20.0 5.0 25.0 2.5 | 2.76 kg 1.16 kg 0.29 kg 1.45 kg 145 g |
Formulasi 3 : Dedak padi Beras hancur Hampas kacang hijau Campuran 3 galian | 42.5 30.0 25.0 2.5 | 2.50 kg 1.75 kg 1.45 kg 145 g |
Formulasi 4 : Dedak isirong sawit Enapcemar sawit Gula molas Corn gluten feed Campuran 3 galian | 47.5 20.0 5.0 25.0 2.5 | 2.75 kg 1.16 kg 0.29 kg 1.45 kg 145 g |
Formulasi 5 : Corn gluten feed Hampas kacang hitam Dedak padi Gula molas Campuran 3 galian | 32.5 30.0 30.0 5.0 2.5 | 1.90 1.75 1.75 0.29 145 g |
Setiap daripada formula ini boleh memberikan cukup nutrien untuk lembu fidlot. Bahan-bahan didalam setiap formula tersebut perlu digaul rapi apabila dicampurkan. Sekiranya campuran digaul atau dibuat banyak sekali gus, campuran kemudiannya boleh dimasukkan ke dalam guni dan disimpan untuk digunakan kemudian.
Jika alat mixer digunakan, campuran boleh dibuat untuk 1 tan, 2 atau 5 tan sekali dan tidak perlu dibuat setiap hari
Secara praktikal, pemberian dan keperluan makanan kepada lembu fidlot tidah perlu disukat atau ditimbang setiap hari. Sebagai contoh, untuk lembu yang beratnya sekitar 200 kg yang memerlukan sebanyak 5.8kg makanan setiap hari, makanan boleh diberikan secara ad-libitium atau dibiarkan ia makan mengikut kemampuannya, asalkan ia mendapat cukup makanan setiap hari. Bagaimanapun, jangan dibiarkan makanan terdedah lama didalam palung makanan atau sehingga melimpah dan membazirkan.
Jumlah keperluan makanan yang ditunjukkan di Jadual 3 itu adalah hanya sebagai panduan sahaja supaya jumlah makanan yang perlu diberikan dapat dianggarkan dengan cekap.
PKC adalah contoh makanan ternakan yang boleh diberi kepada lembu fidlot samada secara 100% makanan lengkap atau dirumus dengan bahan-bahan buangan pertanian seperti hampas sagu atau soya |
No comments:
Post a Comment