Pemasaran lembu fidlot merupakan salah satu aktiviti penting yang menentukan samada sesuatu projek ternakan lembu fidlot itu berdaya maju atau sebaliknya.
Harga jualan lembu fidlot adalah faktor ketiga penting yang akan menentukan samada bidangusaha tersebut menguntungkan atau sebalinya. Pengusaha fidlot yang bijak biasanya telah menentukan dan merancang strategi pemasaran hasil fidlot mereka sebelum memulakan perusahaan. Ini bermakna perusahaan fidlot adalah merupakan aktiviti yang berpandukan pasaran dengan mengunakan segala sumber tempatan yang ada secekap mungkin.
2.1 Jenis-jenis Pemasaran
Terdapat empat kaedah pemasaran utama untuk lembu fidlot:
i. Jualan lembu hidup kepada peraih (butcher)
ii. Jualan lembu hidup untuk aqiqah
iii. Jualan lembu hidup untuk korban
iv. Jualan runcit secara tunai (daging segar)
ii. Jualan lembu hidup untuk aqiqah
iii. Jualan lembu hidup untuk korban
iv. Jualan runcit secara tunai (daging segar)
Pasaran pertama adalah yang terbesar dan perlu dijadikan sasaran utama oleh pengusaha fidlot. Penjualan lembu hidup untuk penyembelihan terus boleh dilaksanakan samada secara terus atau melalui peraih.
Pasaran kedua dan ketiga adalah bermusim dan tertakluk kepada permintaan.
Bagi menjamin kemapanan projek yang diusahakan, pengusaha fidlot perlu merancang strategi pemasaran meliputi kedua-dua kategori pasaran tersebut. Oleh yang demikian, adalah penting untuk menjalankan sistem fidlot berperingkat. Ini bermakna, ternakan lembu fidlot perlu diusahakan samada dalam 2 atau 3 peringkat kumpulan.
Jadual 1 menunjukkan contoh strategi pemsaran bagi pemasaran bagi operasi fidlot 3 peringkat untuk tempoh pengemukan 4 bulan (120 hari) pada kadar peningkatan berat badan harian 1kg/hari:
Kumpulan@ Peringkat | Bulan Ternakan Masuk | Berat Masuk (kg) | Peningkatan Berat Badan harian (Kg/hari) | Target Berat Jualan (kg) | Target Jualan (bulan) |
Pertama | Ogos | 230-260 kg | 1.0 kg/hari | 350-380 kg | Hari Raya Aidil Fitri |
Kedua | Oktober | 180-230 kg | 1.0kg/hari | 300-350 kg | Hari Raya Korban (Februari) |
Ketiga | Sepanjang masa | 230-260 kg | 1.0kg/hari | 350-380 kg | Jualan hidup/daging segar (Jan-Dis) |
2.2 Networking
Bagi mereka yang baru memulakan projek kerap berlaku masalah pemasaran disebabkan bidangusaha mereka belum diketahui oleh pembeli dan peraih. Berlaku juga dalam keadaan tersebut dimana pengusaha menghadapi masalah menetapkan harga jualan hasil mereka dan penjualan dibawah harga pasaran ini merugikan pengusaha. Kejadian sedemikian boleh menampakkan bidangusaha ini tidak berdaya maju seperti yang dimaklumkan.
Bagi mengatasi keadaan ini adalah dicadangkan supaya pengusaha baru mempromosikan bidangusaha fidlot mereka serta berganding bahu dan sentiasa berhubung dengan pengusaha-pengusaha yang sediada.
Dengan mengamalkan networking sedemikian. pemasaran lembu fidlot akan menjadi lebih lancar dan terjamin. jaringan pemasaran ini juga boleh digunakan oleh pengusaha bagi mendapatkan bekalan lembu-lembu feeder dan juga harga makanan yang baik.
2.3 Penjualan Secara Tunai
Bidangusaha fidlot boleh rugi dan akhirnya terpaksa ditutup apabila terlalu banyak menanggung hutang. Hutang yang besar disebabkan aktiviti penjualan yang dibuat secara kredit. Usaha memungut hutang adalah merupakan satu usaha yang amat sukar dan melibatkan kos tertentu. Mereka yang berjaya hanya menjualkan hasil fidlot secara tunai.
Pengusaha fidlot yang berjaya memasarkan hasil mereka terus kepada pelanggan secara jualan tunai. |
Kebanyakkan pengusaha fidlot berskala sederhana juga menjalankan aktiviti jualan runcit daging lembu fidlot mereka di pasar-pasar tempatan, pasar malam atau pasar tani. Aktiviti ini dijalankan bagi memastikan pemasaran dipelbagai dan penjualan hasil fidlot berjalan dengan lancar disamping meningkatkan pendapatan.
Adalah dianggarkan sebanyak sebanyak RM 150.00 pendapatan tambahan boleh diperolehi melalui penjualan runcit daging bagi setiap ekor lembu fidlot. Terdapat juga pengusaha fidlot yang membuat rangkaian pemasaran melalui pasar-pasar tani dan pasar malam dengan melibatkan beberapa pekerja dan kenderaan pengangkutan khas.
Semua usaha ini adalah untuk mempelbagaikan aktiviti penjualan lembu fidlot sebagai menjamin pemasaran yang berterusan dan seterusnya menjamin bidangusaha projek ternakan lembu fidlot berdaya maju dan mapan.
No comments:
Post a Comment