Selain daripada faktor-faktor yang telah dinyatakan, perancangan projek yang cekap akan menentukan kejayaan dan keuntungan sesuatu projek fidlot yang diusahakan. Aspek ekonomi merupakan faktor utama yang sangat penting dan perlu dikaji dengan teliti oleh pengusaha-pengusaha fidlot sebelum membuat keputusan untuk meneruskan projek yang dirancang atau sebaliknya.
Parameter yang perlu diambil kira dalam menentukan kos projek fidlot dengan model yang dinyatakan (200 ekor lembu setiap pusingan) adalah seperti ditunjukkan di Jadual 12.
Perancangan projek fidlot memerlukan kajian teliti beberapa aspek ekonomi yang penting seperti berikut:-
a. Unjuran aliran fizikal ternakan (Jadual 13)
Bahagian ini meliputi unjuran aliran fizikal ternakan bulanan dan tahunan
b. Unjuran aliran tunai (Jadual 14)
c. Unjuran penyata pendapatan (Jadual 15)
d. Analisis kepekaan (Jadual 16)
e. Analsis margin kasar (Jadual 17)
Kajian dan penelitian mengenai aspek-aspek diatas sangat perlu terutamanya dalam menentukan dayamaju projek, seterusnya membuat keputusan untuk membuat pelaburan dalam bidangusaha ternakan lembu fidlot atau sebaliknya.
9.1 Dayamaju Projek (Projek Viability)
a. Dayamaju Teknikal (Technical Viability)
Dayamaju teknikal lebih menekankan kepada aspek-aspek teknikal dalam projek yang dirancangkan. Ia lebih menitikberatkan pengurusan projek secara teknikal.
Parameter penting yang perlu diambil kira adalah seperti kadar kematian, jumlah muatan stok, berat ternakan, kadar tumbesaran (peningkatan berat badan) dan tempoh pemeliharaan. Ia juga perlu mengambilkira sumber-sumber yang ada serta boleh diperolehi seperti tanah, buruh, modal dan pengurusan supaya projek boleh dijalankan. (technically feasible) (Rujuk Jadual 13a & b : Unjuran Aliran Fizikal Ternakan)
b. Dayamaju Kewangan (Financial Viability)
i. Aliran Tunai Bersih (Net cash flow)
Unjuran aliran tunai selama 10 tahun akan menunjukkan samada angka positif atau negatif pada aliran tunai bersih. Lebih banyak tahun-tahun yang menunjukkan angka positif memberikan petunujk projek itu lebih berdayamaju. (Rujuk Jadual 14a, b & c : Unjuran Aliran Tunai ).
ii. Tempoh Pulangan Balik Modal (Pay-back period)
Unjuran aliran tunai selama 10 tahun akan menunjukkan lebihan atau kurangan terkumpul pada setiap tahun. Angka positif pada tahun tertentu akan menunujkkan tahun dimana berlaku tempoh pulangan balik modal.
Dalam contoh yang diberikan, tempoh pulangan balik modal adalah pada tahun keenam. (Rujuk Jadual 14b & C : Unjuran Aliran Tunai)
iii. Nilai Kini Bersih : NKB (Net present value : NPV)
NKB adalah satu nilai aliran tunai bersih yang telah didiskaunkan dengan satu kadar diskaun, untuk sesuatu tempoh perancangan projek. yang dicadangkan dianggap berdaya maju. Semakin tinggi nilai NKB semakin berdayamaju projek yang dicadangkan.
Dalam contoh yang diberikan, tanpa pinjaman, NKB pada kadar diskaun 10% adalah RM 486,106.97 dan pada kadar diskaun 15% adalah RM 243,937. Nilai NKB adalah positif dalam kedua-dua keadaan dan projek dianggap berdayamaju (Rujuk Jadual 14b & c : Unjuran Aliran Tunai.)
iv. Kadar Pulangan Dalaman : KPD (Internal rate of return : IRR)
KPD adalah satu kadar yang menyamakan Nilai Kini Bersih (NKB) dengan sifar (0). Semakin tinggi nilai KPD semakin berdayamaju projek dari segi ekonomi. Biasanya KPD akan dibandingkan dengan kadar faedah semasa (base lending rate). Sekiranya KPD lebih tinggi dibandingkan dengan kadar faedah semasa, projek adalah berdayamaju. Dalam Contoh yang diberikan, KPD adalah 20.63% tanpa pinjaman dan 23.33% dengan pinjaman. Kedua-duanya adalah melebihi kadar faedah semasa (6%) dan projek dianggap berdayamaju ( Rujuk Jadual 14b & C : Unjuran Aliran Tunai)
v. Nisbah Faedah Kos : NPK (Benefit-cost ratio : BCR)
Nisbah faedah kos adalah satu nilai yang menunjukkan nilai pulangan kepada setiap RM kos setelah mengambilkira faktor NKB dan kadar diskaun.
Dalam contoh yang diberikan, tanpa pinjaman bank NFK pada kadar faedah 10% adalah 1.07 dan pada kadar faedah 15% NFK adalah 1.05. Manakala dengan pinjaman bank NFK pada kadar faedah 10% adalah 1.05 dan NFK pada kadar faedah 15% adalah 1.03
Semakin tinggi kadar faedah semakin rendah NFK dan semakin tidak berdayamaju projek yang dirancangkan. Secara umumnya, NFK yang melebihi 1(satu) menunjukkan projek boleh dijalankan dan berdayamaju (Rujuk Jadual 14b & c : Unjuran Aliran Tunai)
vi. Penyata Pendapatan (Income statement)
Penyata pendapatan menunjukkan keuntungan/kerugian tahunan yang dijangka dalam projek yang dicadangkan. Ia mengambilkira jualan, kos tetap serta kos operasi tahunan sesuatu projek yang dirancangkan. Penyata pendapatan juga akhirnya akan membolekhan pengusaha mengirakan kos pengeluaran ternakan serta membuat strategi harga jualan supaya mendatangkan margin keuntungan yang dikehendaki.
Dalam contoh rancangan projek yang diberikan, projek secara puratanya akan memberikan keuntungan tahunan sebanyak RM178,437 atau RM 14,870 sebulan bermula dari tahun pertama projek (Rujuk Jadual 15 : Unjuran Penyata Pendapatan)
vii. Analisis kepekaan (Sensitivity analysis)
Analisis kepekaan adalah satu kaedah mengukur dayamaju projek sekiranya berlaku perubahan harga input atau output dalam projek yang dicadangkan. Ukuran dayamaju akan dikirakan melalui petunjuk ekonomi aitiu KPD, NKB, NFK dan tempoh pulang balik modal.
Beberapa parameter kritikal diambilkira seperti harga anak lembu, makanan ternakan, tenaga kerja dan harga jualan lembu ex-farm. Secara umumnya sekiranya harga input meningkat sementara faktor lain adalah tetap projek semakin tidak berdayamaju.
Sekiranya harga output meningkat sementara faktor lain tetap projek semakin berdayamaju. Biasanya pinjaman bank akan menjadikan projek lebih berdayamaju tetapi sekiranya berlaku penurunan harga output dan peningkatan harga input, risiko kewangan projek semakin besar iaitu projek semakin tidak berdayamaju (Rujuk Jadual 16 : Analisi Kepekaan)
viii. Analisis MArgin Kasar : AMK (Gross Margin Analysis)
AMK adalah perkiraan kasar yang mengambilkira Hasil dan Kos Berubah sahaja. Hasil akan ditolakkan dengan kso berubah untuk mendapatkan Margin/Keuntungan Kasar. Kegunaan utama AMK adalah untuk mendapatkan gambaran kasar mengenai untung-rugi projek bagi setiap unit pengeluaran. Ia juga penting untuk menentukan sasaran pendapatan bulanan seseorang pengusaha.
Dalam contoh yang diberikan, Margin Kasar seekor lembu fidlot dengan parameter-parameter yang dicadangkan adalah RM170.20/ekor/pusingan (tempoh penggemukkan 6 bulan). Ini bermakna untuk mendapatkan pendapatan tetap bulanan sebanyak RM2,000 sebulan, seseorang pengusaha perlu memelihara sebanyak (minimum) 70 ekor lembu fidlot dalam sesuatu ,masa/pusingan
No comments:
Post a Comment