10 February 2011

4.0 Pengurusan

Pengurusan yang cekap dan sistematik adalah adalah penting bagi menjamin kesihatan ternakan, peningkatan berat badan harian yang maksimum, kawalan kos operasi yang minimum serta keuntungan yang optimum.

4.1  Pengurusan Personel

Kebanyakan pengusaha atau pemilik fidlot tidak melakukan pengurusan ternakan secara langsung, sebaliknya menggaji tenaga pekerja yang diperlukan.  Oleh yang demikian, pengurusan personel adalah mustahak
Pengurusan personel merangkumi aktiviti-aktiviti berikut:

i.





ii.
 
Menentukan bilangan pekerja diperlukan tertakluk kepada bilangan lembu, saiz dan jenis operasi fidlot yang diusahakan.  Kadar pekerja yang cekap dan optimum berbanding bilangan lembu  dan jenis operasi fidlot adalah seperti berikut: a. Operasi fidlot secara manual   =  1 orang pekerja untuk 200 ekor
b. Operasi fidlot secara mekanikal = 1 orang pekerja untuk 400 ekor

Jadual bertugas atau jadual kerja harian perlu disediakan untuk kemudahan rujukan pekerja supaya penyelenggaraan operasi dan pengurusan harian lebih mudah dan cekap.

 4.2  Pengurusan Ternakan

Lembu fidlot khususnya baka import perlu dimandikan sekurang-kurangnya satu kali sehari untuk mengurangkan bebanan haba (heat stress).  Tindakan ini didapati membantu meningkatkan selera pemakanan (feed intake) yang menentukan peningkatan berat badan harian yang tinggi.

Pemerhatian dan pemeriksaan secara rawak perlu dilakukan dari masa kesemasa bagi mempastikan keselesaan, kesihatan, pemakanan dan prestasi peningkatan berat badan ternakan.

Seeloknya setiap ternakan ditimbang pada minggu pertama kemasukan bagi merekod berat awal, bulan pertama atau kedua tempoh pemeliharaan bagi merekod peningkatan berat badan dan minggu terakhir tempoh pemeliharaan bagi merkod berat akhir sebelum jualan.
 

4.3 Pengurusan Kandang
Kandang fidlot perlu diselia dengan sempurna termasuk penjagaan kebersihan harian, penyelenggaraan peralatan dan kemudahan infrastruktur.  Kandang perlu dibersihkan sekurang-kurangnya satu kali sehari, seelok-eloknya disebelah pagi.
Kandang yang kotor dan dipenuhi najis akan memudahkan jangkitan penyakit kepada lembu fidlot dalam kurungan sepeti penyakit pernafasan dan radang paru-paru , kembong atau direa dan masalah kuku.

4.4 Pengurusan Pemakanan
Pengurusan pemakanan lembu fidlot sangat kritikal kerana ianya merupakan faktor utama yang mempengaruhi peningkatan berat badan harian (daily weight gain).  Ini seterusnya akan menentukan samada projek ternakan fidlot yang diusahakan memberi keuntungan atau kerugian.

Lembu fidlot perlu diberi makanan antara 4-6 kg seekor sehari pada peringkat permulaan pemeliharaan (berat badan antara 200-250 kg.), sehingga mencapai 8-10 kg seekor sehari pada peringkat akhir pemeliharaan ( berat badan antara 350-400 kg).  Bagaimanapun, kiraan kadar pemberian makanan adalah juga tertakluk kepada jenis makanan , seperti 100% PKC sahaja atau campuran PKC dan rumput atau lain-lain jenis bahan hasilan pertanian.
Jadual pemberian makanan perlu tetap, iaitu 2 kali sehari.  Pemberian makanan pertama seeloknya awal pagi, antara jam 7 pagi dan selewatnya jam 9 pagi.  Pemberian makanan kedua pula seeloknya selepas 6 jam berikutnya, iaitu antara jam 1 petang dan selewatnya-lewatnya jam 3 petang.

Lembu fidlot juga perlu disediakan garam jilatan (mineral block) yang mencukupi sepanjang masa sebagai bekalan tambahan keperluan mineral.  Bekalan air minuman yang bersih dan mencukupi perlu sentiasa tersedia.

Lembu Fidlot perlu diberi makanan berkualiti yang secukupnya secara cekap dan ekonomik
 
4.5  Pengurusan Kenderaan
Kenderaan seperti lori yang sesuai untuk mengangkut ternakan, makanan dan peralatan ladang perlu diselenggara dengan baik.  Sekurang-kurangnya ladang fidlot perlu mempunyai sebuah lori, minimum 3 tan atau mendapatkan khidmat lori sewa yang murah.

4.6  Pengurusan Rekod
Pengurusan rekod adalah penting untuk memudahkan penilaian projek fidlot yang diusahakan, seperti menilai prestasi peningkatan berat badan harian, jumlah makanan yang dimakan, kos pemakanan, kos ubat-ubatan, kos penyelenggaraan dan kos operasi fidlot berbanding keuntungan-kerugian.
Rekod-rekod berikut adalah penting dalam pengurusan lembu fidlot:
i.   Rekod pembelian lembu 'feeder'
ii   Rekod pemberian makanan harian
iii  Rekod peningkatan berat badan harian
iv  Rekod kesihatan dan kematian
v   Rekod pemasaran/jualan lembu fidlot
vi  Rekoid personel
vii Rekod kewangan

No comments:

Post a Comment