10 February 2011

1.0 Pengenalan

"Manual Penternakan Lembu Fidlot" ini disediakan sebagai panduan kepada bakal-bakal pengusaha dan penternak yang berhasrat untuk mengusahakan projek pengeluaran lembu pedaging secara sistem fidlot.
Manual ini menyediakan maklumat yang menyeluruh mengenai segala aspek penternakan lembu fidlot secara moden dan sistematik.  Walaupun begitu ia tidak bermakna projek ternakan lembu fidlot boleh terus dilaksanakan dengan jayanya hanya dengan membaca dan berpandukan manual ini sahaja.

Mereka yang berminat dan berhasrat untuk mengusahakan bidang usaha ternakan lembu fidlot masih perlu menghubungi mana-mana Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) samada di Negeri atau Daerah yang berdekatan.  Khidmat nasihat, latihan intensif serta pendedahan di lapangan, sekiranya perlu akan diusahakan oleh pegawai JPH kepada mereka yang berminat   bagi menjamin projek ternakan lembu fidlot yang diusahakan itu benar-benar berdaya maju dan berdaya saing.  Disamping itu, pihak pengusaha fidlot juga perlu sentiasa menghubungi JPH secara berterusan dari masa ke semasa sepanjang mengusahakan projek ternakan lembu fidlot.
Dengan terhasilnya "Manual Penternakan Lembu Fidlot" ini, JPH berharap perlaksanaan bidang usaha dan projek fidlot yang diusahakan oleh mana-mana pihak walau dimana jua diusahakan akan menjadi lebih seragam serta dapat memenuhi tahap piawaian kualiti ternakan yang "standard"

1.1  Definasi Fidlot

"Penternakan Lembu Fidlot" bermaksud memelihara lembu secara intensif dalam kandang/kurungan untuk tujuan pengeluaran lembu daging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makanan yang bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh yang tertentu.
Perlu diperhatikan bukan semua peningkatan berat badan lembu fidlot boleh disamakan dengan pengemukkan.  Pengemukan atau peningkatan utama berat badan yang disebabkan deposisi lemak (fat deposition) hanya berlaku pada peringkat umur tertentu dan berkait rapat dengan baka dan formulasi makanan yang diberikan.  Sebagai contoh, peningkatan berat badan lembu tempatan (baka KK) yang di fidlot antara umur 12 hingga 16 bulan terdiri daripada peningkatan berat tulang dan daging sahaja.  Deposisi lemak adalah terlalu kecil.

Apa yang penting dan perlu diingat ialah bidangusaha fidlot ini hanya untuk memenuhi permintaan sesuatu pasaran terhadap daging lembu dengan mengembeling segala sumber yang terdapat di lokasi berkenaan secara optimum untuk mendapat keuntungan yang maksimum

1.2 Sistem Fidlot

Dua sistem penternakan fidlot yang biasa diusahakan di Malaysia:

i.  Sekali masuk - Sekali keluar
Memelihara sekumpulan ternakan sahaja dalam sesuatu masa sehingga tamat tempoh dan mencapai target berat pasaran.Selepas semua ternakan habis dipasarkan (dijual) barulah dimasukkan dan dipelihara kumpulan ternakan berikutnya

ii.  Masuk-Keluar Berterusan
Memelihara beberapa kumpulan ternakan secara berperingkat mengikut tempoh tertentu berdasarkan target pasaran bagi setiap kumpulan,  Setiap kumpulan ternakan dipelihara dan dipasarkan (dijual)   secara berterusan.

1.3   Untung-Rugi Operasi Fidlot

Terdapat empat (4) faktor utama yang akan mempengaruhi untung-rugi bidangusaha fidlot.  Faktor berkenaan adalah :-
i.  Faktor ternakan
     a.  Harga belian feeder
     b.  Harga jualan finisher
     c.  Keupayaan dan prestasi baka yang digunakan
ii.  Faktor makanan (harga)
Harga makanan paling mahal dan mencapai 70% kos pengeluaran.  Ini bermakna sebarang kelewatan penjualan akan mengurangkan keuntungan.  Market Timing kadangkala amat penting bagi operasi yang berskala besar.  Setiap pengusaha perlulah sentiasa sedar akan peluang dan kos yang terlibat dalam setiap projek beroperasi.  Adalah sesuai dan amat digalakkan para pengusaha menguasai ilmu pemakanan ruminan, khususnya dalam sistem fidlot ini.  Pembaziran makanan juga boleh dielakkan dengan mengunapakai rekabentuk kandang yang standard


No comments:

Post a Comment