10 February 2011

7.0 Kesihatan

7.1  Sebelum Menerima Ternakan

Pastikan kandang yang telah digunakan dibasmi kuman sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum ternakan dibawa masuk.
Cucian kandang perlu menggunakan disinfektan (bahan basmi kuman).  contoh disinfektan yang boleh digunakan :
       Lindores
       Omnicide
       Mefarol
       Lysol

Jadual 8 menunjukkan jenis-jenis ubat veterinar yang perlu disediakan untuk rawatan penyakit-penyakit yang lazim pada ternakan lembu fidlot:

Jenis rawatan
Contoh Ubat-Ubatan
i Rawatan luka Tinktur iodin 2%
Gusanex Spray
Serbuk Negasunt
ii Rawatan sokongan Antistress - Stress Pak
Catasol/fercobsang/Tonophosphan/
Fercobsang/Vitamin B12/Dextrose
iii Rawatan antidirea Kaolin, pectin
Beacosin/ Scourban Plus/Scour-X
iv Anti-inflamatori
(Rawatan bengkak)
Dexa-tomanol
Dexadresson
v Rawatan sakit mats
Terramycine pink eye spray
Eye ointment
vi Rawatan kembung Bloat remedy
vii Antibiotik berspektrum luas Oxytetracycline
Penicilin
Streptomycine
7.2  Sewaktu Menerima Ternakan
Periksa ternakan untuk mengesan luka atau kecederaan serta tanda-tanda penyakit seperti:-
    a.  Diarea
    b.  Pernafasan tidak normal
    c.  Cecair daripada hidung (nasal discharge)
    d.  Lemah dan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar
    e.  Bulu tidak kemas dan pudar
    f.   Kehadiran kutu pada badan ternakan
    g.  Tanda-tanda lain yang tidak normal

Asingkan ternakan yang menunjukkan tanda-tanda penyakit untuk rawatan segera atau mengambil sampel bagi tujuan kajian penyakit.  Hubungi pejabat JPH terdekat untuk tujuan ini.
Sediakan ubat antistress seperti jenis bancuhan dengan air.  Contoh ubat antistress (Stress pak)

7.3  Semasa Tempoh Pemeliharaan

Pastikan kebersihan kandang, palung makanan dalam keadaan bersih bagi mengelakkan jangkitan penyakit.
Pastikan makanan sentiasa cukup khususnya kuantiti dan kualiti bagi meningkatkan tahap kesihatan dan mengelakkan penyakit-penyakit kurang zat makanan.
Laksanakan program kesihatan yang berkaitan/perlu seperti berikut:

  i.  Pemberian ubat cacing (deworming)
  • Dilaksanakan jika perlu berdasarkan-
        a.  Tanda-tanda bebanan cacing seperti :
  • Kurang selera makan
  • Kurus/lemah
  • Berak cair/diarea
  • Najis berbau
  • Bulu tidak kemas dan pudar
  • Perut buncit/abdomen besar
  • Selaput basah pucat
  • Bottle jaw - bengkak berair (edema) dibawah dagu          
          b.  Ujian Fecal Egg Count (F.E.C)
  • bilangan telur cacing dalam tinja         
  Contoh anthelmintik (ubat cacing) yang boleh diguna dan diberi secara oral :
  • Systemic.Synantic
  • Chanaverrn Plus
  ii. Pembasmian kutu (Deticking)
  • Dilaksanakan jika perlu berdasarkan kehadiran/bebanan cacing pada badan ternakan.
  • Contoh ubat kutu (tickicide) yang boleh digunakan- Asuntol, Melathion, Tactic, Greenade : secara mandian/spray, Bayticol : secara pour-on, Ivomec : secara suntikan
  • Bebanan kutu boleh mengugat tumbesaran ternakan disamping menyebabkan luka berulat (myiasis) dan menyebarkan penyakit seperti Babesiosis
  iii.  Rawatan
  • Merawat ternakan yang menunjukkan tanda-tanda penyakit
  • Pastikan rawatan itu ekonomik, berpotensi untuk sembuh, bukan penyakit yang menular dengan cepat dan bukan penyakit zoonotik.
7.4  Penyakit-penyakit yang lazim

     a.  Diarea (cirit-birit)
  • Etiologi (Agen penyebab)
  • Pengurusan : pemakanan tidak sesuai
  • Peralatan/air tidak bersih
  • Parasit : cacing
  • Bahan kimia : keracunan
  • Penyakit : bakteria, viris, protozoa
  • Tanda klinikal
  • Berak cair, sakit abdomen, dehidrasi
  • Pyrexia (demam), septicaemia, toxemia
  • Anorexia (tiada selera, lemah)
  • Najis cair/lembik, berubah bau/warna              
  •  Diagnosis
  • Pemeriksaan klinikal 
  • Perubahan pada najis
  • Calitan najis, serum, sampel najis, kikisan rektal, sumber makanan (Ujian di makmal hubungi JPH)              
  • Rawatan   
  • Antidiarea : contoh kaolin, pectin
  • Antibiotik : contoh neomycin (Scour-X, Scourban Plus mengandungi kaolin dan neomycin)   
  • Coccidiostat : contoh Sulphadimidine 33 ⅓ % (untuk rawatan diarea akibat coccidiosis)
  • Rawatan sokongan:  Elektolit/cecair : contoh dextrose, Metabolic stimulant /haematinic; contoh Catasol, Fercobsang, Tonophosphan                       
  • Kawalan 
    • Kawal pergerakan keluar masuk ternakan/orang/kenderaan  untuk mencegah sebaran penyakit
    • Jaga kebersihan kandang, program disinfectan
    • Perbaiki pengurusan: kebersihan peralatan, air bersih, asingkan ternakan sakit.                                          
b.  Pneumonia
  • Etiologi (Agen penyebab)
    • Virus, bakteria, parasit, bahan kimia
  • Tanda klinikal
    • Pernafasan cepat dan sukar (dyspnea)
    • Demam (pyrexia)
    • Batuk, bersin, terdapat cecair daripda hidung (nasal discharge)
    • Lemah, kurus, tiada selera (anorexia)
  • Diagnosis
    • Bunyi paru-paru
    • Pemeriksaan klinikal
  • Rawatan
    • Jangkitan bakteria:  Asingkan ternakan sakit, rawat dengan antibiotik berspektrum luas (brad spectrum) seperti oxytetracycline 20%
  • Kawalan
    • Kurangkan ketegangan (stress) - elak terlalu padat (overcrowded)
    • Asingkan ternakan sakit
    • Pengudaraan kandang (ventilasi) baik
    • Rawat tanda-tanda awal penyakit

    c.  Luka berulat
     
  • Etiologi (Agen penyebab)
    • Kesan luka yang tidak dirawat
    • Cecair serum akibat luka bertindak dengan bakteria menghasilkan bau busuk menjadi tarikan lalat Chrysomia bezziana untuk bertelur.  Larva-larva yang dihasilkan memakan dan merosakkan tisu.  Jangkitan sekunder oleh bakteria boleh menyebabkan toksemia dan kematian.
     
  • Tanda Klinikal
    • Terdapat luka yang berulat
    • ternakan gelisah, gatal
    • Kurang selera (anoreksia), berat badan menurun
     
  • Diagnosis
    • Pemeriksaan/tanda klinikal
     
  • Rawatan
    • Bersihkan kawasan terlibat dengan antiseptik (hydrogen peroksida 3%)
    • Keluarkan ulat ( dengan forcep)
    • Bunuh ulat dengan meggunakan serbuk Negasunt
    • Rawat luka dengan Tinktur iodin 2%, Coopex Healing Oil
    • Cegah lalat dengan Semburan Gusanex
    • Untuk kes serius, lindungkan ternakan daripada jangkita kedua dengan suntikan antibiotik berseptrum luas contoh Oxytetracycline 20% L.A
     
  • Kawalan
    • Elakkan ternakan daripada luka
    • Gunakan "fly repellent" seperti gusanex untuk mencegah hinggapan lalat pada kawasan luka
       
  d.  Kembung (bloat)
  • Etiologi (agen penyebab)
Kadar gas yang dihasilkan di dalam rumen dan rketikulum melebihi kadar pembebasan gas melalui proses eruktasi (eructation).  Gas yang terkumpul menyebabkan rumen/retikulum membesar.  Kadar gas yang dikeluarkan secara berlebihan ini mungkin disebabkan :
  • Gangguan fizikal : sekatan pada esofagus, kedudukan abomasum (abomasums displacement ) atau radang perut (gastritis)
  • Gangguan kimia: terlebih makan dedak (PKC). sensitiviti pada ubat, kerosakan pada saraf vagus atau makan daun kayu beracun
  • Gangguan enterotoxamia/keracunan nitrat

  • Tanda klinikal
     
    • Pembesaran bahagian kiri abdomen
    • Bunyi abdomen seperti gendang apabila diketuk
    • Kurang selesa, sakit bahagian abdomen
    • Kadar penafasan meningkat
    • Ternakan gelisah, duduk dan bangun. Akhirnya terbaring kesakitan
    • Dyspnea (kesukaran bernafas)
     
  • Diagnosa
    • Pemeriksaan /tanda klinikal
     
  • Rawatan Pemberian ubat penahan kembung:
    • Beri "bloat remedy" terus ke dalam rumen atau secara oral
    • Minyak masak (100-500ml) boleh diguna untuk memendak buih lantas menggalakkan pengeluaran gas.
    • Halia dan turpentine juga boleh digunakan
    Pengeluaran gas daripada rumen:
    • Masukkan tiub perut (stomach tube) melalui mulut terus ke dalam rumen
    • Bagi keadaan serius, guna tochar dan canula untuk menebuk lubang di bahagian para-lumbar fossa di bahagian kiri abdomen.
     
  • Kawalan
    • Pastikan dedak untuk ternakan tidak terlalu halus
    • Biasakan ternakan dengan PKC dengan cara menukar makanan dari rumput ke PKC secara beransur-ansur sebelum memberi 100% PKC

    NOTA:
    Lembu-lembu yang dipilih untuk tujuan penggemukkan secara fidlot mestilah sesuai dengan keadaan cuaca yang panas, mempunyai daya ketahanan terhadap parasit dan penyakit.

    Ternakan fidlot yang sering terdedah kepada kecederaan fizikal dan asidosis laktik (rumenitis).  Kecederaan fizikal pada amnya disebabkan oleh pengurusan yang tidak cekap, kemudahan yang tidak mencukupi seperti bekas/palung makanan yang tidak cukup mengikut ratio bilangan ternakan, kesesakan ruang kandang, kuantiti makanan/minuman yang tidak mencukupi, reka bentuk kandang yang salah serta berlaku pergaduhan antara ternakan dalam kandang.

    Bahagian badan yang sering berlaku kecederaan adalah di bahagian kaki dan badan.  Tabiat lembu jantan suka memanjat boleh menyebabkan kecederaan pada kaki dan bahan-bahan tajam seperti paku dan serpihan kayu yang terdapat dikandang juga boleh menyebabkan kecederaan pada ternakan.

    Asidosis laktik boleh terjadi apabila ternakan makan terlalu lahap atau pun cara memperkenalkan makanan konsentrat pada ternakan tidak betul.  Keadaan ini menyebabkan pengambilan karbohidrat jauh melebihi keperluan ternakan dan untuk jangka masa panjang ternakan boleh mengalami asidosis laktik. 

No comments:

Post a Comment